Kepentingan Backlink.
Pada topik kali ini saya akan membincangkan secara umum kepentingan backlink kepada sesuatu website/blog. ![]()

Apa itu backlink? (what is backlink?)
- Dalam bahasa pasarnya, backlink boleh dikatakan begini, pautan link website/blog anda berada di website/blog orang lain. Ada yang refer backlink sebagai Inbound link. Yup istilah yang betul!
- Contohnya, kamu ada ternampak link http://www.syed-ikhwan.com di website/blog lain, atau di dalam forum lain, maka ia dianggap sebagai backlink.
- Backlink yang berkualiti adalah backlink yang mempunyai “do follow”.
Apa pula kepentingan backlink?
- Bila kita mempunyai backlink do follow yang banyak dari page-page yang mempunyai kekuatan (PR, parti keadilan Page Rank) yang tinggi maka sekaligus kemungkinan website/blog kita untuk memperolehi PR juga tinggi.
- Senang mendapatkan kedudukan targeted keyword yang tinggi dalam enjin carian! Ini kerana enjin carian menganggap kita punya website/blog adalah popular (sebab banyak sangat orang lain asyik refer pada blog kita!). Kalau tak percaya cubalah! Cuba bayangkan jika keyword yang anda target tu berada di kedudukan pertama di enjin carian. hehehe. mesti best kan!
Jadi nampak tak kepentingan backlink sekarang ni?
Tips untuk mendapatkan backlink percuma dari blog orang lain. Hehehehe
- Menggunakan potensi comment di blog (selalunya platform wordpress yang kita boleh detect do follow). Bagaimana caranya? Buka google.com dulu, then taip
Enable CommentLuv + keyword
contohnya
Enable CommentLuv +kuih raya
kemudian akan keluar beberapa blog yang sesuai.
Jadi commentlah dengan bijak! Anda boleh selitkan url anda di dalam form URL bila disuruh nanti di ruangan comment. tak perlu letak url anda dalam comment pun takpa. sebab kat form URL tadi pun dah dikira backlink.
Jika nak lagi best, anda install SEOQUAKE , gunanya adalah untuk detect PR sesuatu page, so kita boleh target kat mana kita nak “tanam” link kita. Takdelah tanam kat page yang cikai-cikai erk! ![]()
p/s: siapa nak bertukar link dengan blog buruk saya ni? email saya di syed_ikhwan(@)yahoo.com!
last tips dari saya, nak spy backlink pesaing anda? Guna tool di website ni
http://www.backlinkwatch.com/index.php
Tags: backlink
September 14th, 2008 at 2:17 am
[...] pastinya, income mereka adalah 5 angka setiap bulan. Mereka adalah Team JomSeminar iaitu Syed Ikhwan, Fuad Latip dan Yusri. Korang pun dah tau kehebatan diorang kan? Mereka inilah yang telah [...]
September 14th, 2008 at 2:36 pm
Assalamualaikum,
Apakhabar. Tips yg sangat berguna buat new comer cam saya ni…Buta IT…ha..ha..ha..
September 15th, 2008 at 4:07 am
Salam bro tq bagus tips nie ,heehehhe saya baru belajar adsense harap2 banyak lagi tips dr bro
September 16th, 2008 at 1:32 am
Betul tuh,kalau takder backlink,memang susah nak dicrawl oleh search enjin.
September 18th, 2008 at 10:08 am
terima kasih syed.. aku sekarang baru install seoquake untuk lihat PR. aku nak letak tips ini pada blog aku pulak hehe
September 19th, 2008 at 10:28 am
thanx bro
September 25th, 2008 at 5:04 pm
aku memang selalu pakai backlinkwatch tu nak tengok link. memang senang sket nak faham.
September 29th, 2008 at 8:34 pm
Terima kasih diatas penerangan di atas, sebelum ini saya memang buta sikit,banyak blog saya buat tapi tak ada penjunjung. jadi tip ini mungkin saya dapat meningkatkan pelawat pada blog saya.
tq
October 1st, 2008 at 2:19 pm
Salam,
selamat Hari Raya Aidil fitri pd semua. Maaf zahir dan batin.
Saya telah pun melakukan seperti yg sifu syed sarankan. Hasilnya, memang menakjubkan. Blog saya telah berada di ranking ke 6 - first page dlm carian google. Asalnya duduk kat page 21…Alhamdullillah.
Thanx bro….
October 8th, 2008 at 1:06 pm
banyak betul ilmu kat sini…
nak wat jadi libary, blh???
October 22nd, 2008 at 1:49 am
banyak ilmu di sini…keep it up…