IPunya Contest Dari P1 [ April 22nd, 2012 ] Posted in » Umum

P1 baru-baru ini menganjurkan satu peraduan yang menawarkan hadiah yang best kepada bakal pelanggan yang subscribe pada mana-mana plannya. Peraduan ini dinamakan “IPunya Contest atau Peraduan iPunya! Beli & Menang” P1 ..
Peraduan ini bermula pada hari ini, 20 April 2012 sehingga 17 Jun 2012.. Peraduan ini dibuka kepada para pelanggan baru mana-mana pelan P1 sepanjang tempoh peraduan.
 SYARAT-SYARAT PERADUAN
  • Sepanjang tempoh peraduan, para pelanggan boleh memilih salah satu daripada pakej yang ditawarkan iaitu P1’s 1) ForHome™2)ToGo™, atau 3) OnePlan™ yang kukuh yang didatangkan sepenuhnya dengan jalur lebar talian tetap dan sedia guna serta servis suara pada satu harga rendah.
  • Untuk menyertai peraduan, para pelanggan baru hanya perlu log masuk ke akaun self-care mereka, dan jawab dua soalan. (soalan pun senang amat!)
  • Pemenang akan dihubungi melalui SMS, email dan laman web P1 pada akhir Jun 2012.

Ekspoitasi carian rapidshare di Google

Pada post kali ini saya akan berkongsi sedikit tips untuk membuat file carian rapidshare dengan menggunakan enjin carian Google. Mungkin ramai yang sudah tahu tapi ramai lagi di kalangan newbie yang masih tercari-cari. Saya rasa ada baiknya saya kongsikan di sini untuk manfaat bersama.

Ok, katakan anda ingin mencari sesuatu software, movie, mahupun ebooks; maka langkah yang perlu anda lakukan adalah:

1) Buka Google.com

2) Kemudian type perkataan di bawah ini disusuli keyword anda

“rapidshare.com/files” keyword anda

sebagai contohnya, katakan saya ingin mencari lagu Sepohon Kayu mp3 , maka saya hanya perlu type,

“rapidshare.com/files” sepohon kayu.mp3

Maka akan berderulah keluar link download pautan di result carian. Hehehe.. senang bukan? Jadi bayangkan potensinya, kita boleh cari apa yang kita nak di internet ni. :)

Tapi jangan salah gunakan pula.

p/s: Post ini berbentuk “education purpose only”.

Jika anda merasakan post-post saya termasuk post-post sebelum ini berguna, anda bolehlah buat review tentang post tersebut di blog anda sebagai tanda terima kasih kepada saya dan memberikan saya semangat untuk berkongsi dengan lebih banyak lagi tips-tips menarik dengan anda semua. Terima kasih!

September 23rd, 2008 | 13 Comments

Powered by WordPress | Blue Weed by Blog Oh! Blog | Entries (RSS) and Comments (RSS).