IPunya Contest Dari P1 [ April 22nd, 2012 ] Posted in » Umum

P1 baru-baru ini menganjurkan satu peraduan yang menawarkan hadiah yang best kepada bakal pelanggan yang subscribe pada mana-mana plannya. Peraduan ini dinamakan “IPunya Contest atau Peraduan iPunya! Beli & Menang” P1 ..
Peraduan ini bermula pada hari ini, 20 April 2012 sehingga 17 Jun 2012.. Peraduan ini dibuka kepada para pelanggan baru mana-mana pelan P1 sepanjang tempoh peraduan.
 SYARAT-SYARAT PERADUAN
  • Sepanjang tempoh peraduan, para pelanggan boleh memilih salah satu daripada pakej yang ditawarkan iaitu P1’s 1) ForHome™2)ToGo™, atau 3) OnePlan™ yang kukuh yang didatangkan sepenuhnya dengan jalur lebar talian tetap dan sedia guna serta servis suara pada satu harga rendah.
  • Untuk menyertai peraduan, para pelanggan baru hanya perlu log masuk ke akaun self-care mereka, dan jawab dua soalan. (soalan pun senang amat!)
  • Pemenang akan dihubungi melalui SMS, email dan laman web P1 pada akhir Jun 2012.

Nilai per click adsense makin teruk menurun?

Makin hari makin rendah nilai per click bagi adsense yang saya terima. huhuuhu… yang paling tinggi kelmarin adalah 2 click = $3.80 something. Itu pun berlaku dalam seminggu sekali je. Apa sudah jadi? Walaupun kebanyakan blog adsense saya adalah blog yang selalu update, content pun original, traffic mostly dari Search Engine, tetapi perkara seperti ini masih lagi berlaku. Do you play God, Google?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Meh saya berikan beberapa tips untuk dapatkan earning dari adsense. Tips ni mungkin tip-tip biasa je bagi sifu-sifu di luar sana, tetapi ianya sgt berkesan bagi pendatang baru.

1) Membina 1 blog yang memenuhi kehendak pengguna. Buat kajianlah sket. Selalunya orang guna internet ni untuk ape? Untuk cari benda free, untuk cari maklumat dan juga berhibur! So kita penuhilah kehendak mereka. Jadikan blog kita sebagai tempat persinggahan favorite mereka. Tidak semestinya kena update tiap-tiap hari kerana ianya bergantung kepada jenis, content dan niche kita.

2) Popularkan website kita dengan apa cara sekalipun. Guna kreativiti anda utk viralkan url website anda. Anda boleh gunakan medium seperti audio, gambar, mahupun video sebagai alatan untuk menyebarkan url website anda. Dan di mana tempat anda nak sebarkan alatan anda tadi? Sudah tentulah di tempat komuniti serta pertumpuan pengguna.

3) Jangan kedek utk invest kat website anda. Berbelanjalah ke arah bijak dalam membeli ruangan di website org lain yg punyai traffic tinggi, ataupun berbelanja dalam mencantikkan sedikit website anda. Konsep membeli banner di ruangan website org lain yang punyai traffic yang tinggi ni pun best gak, sebab kita boleh dapat “curi” traffik org tu dengan cara cepat.

Dah, cukup 3 tip tu dulu kot. Apply yg tu dulu. Tengok keberkesanannya. Bagi mereka yang masih tak tau nak install wordpress di hosting sendiri, boleh rujuk video ni. Selamat mencuba!

August 13th, 2008 | 7 Comments

Powered by WordPress | Blue Weed by Blog Oh! Blog | Entries (RSS) and Comments (RSS).