IPunya Contest Dari P1 [ April 22nd, 2012 ] Posted in » Umum
P1 baru-baru ini menganjurkan satu peraduan yang menawarkan hadiah yang best kepada bakal pelanggan yang subscribe pada mana-mana plannya. Peraduan ini dinamakan “IPunya Contest atau Peraduan iPunya! Beli & Menang” P1 ..
Peraduan ini bermula pada hari ini, 20 April 2012 sehingga 17 Jun 2012.. Peraduan ini dibuka kepada para pelanggan baru mana-mana pelan P1 sepanjang tempoh peraduan.
SYARAT-SYARAT PERADUAN
- Sepanjang tempoh peraduan, para pelanggan boleh memilih salah satu daripada pakej yang ditawarkan iaitu P1’s 1) ForHome™, 2)ToGo™, atau 3) OnePlan™ yang kukuh yang didatangkan sepenuhnya dengan jalur lebar talian tetap dan sedia guna serta servis suara pada satu harga rendah.
- Untuk menyertai peraduan, para pelanggan baru hanya perlu log masuk ke akaun self-care mereka, dan jawab dua soalan. (soalan pun senang amat!)
- Pemenang akan dihubungi melalui SMS, email dan laman web P1 pada akhir Jun 2012.

