P1 baru-baru ini menganjurkan satu peraduan yang menawarkan hadiah yang best kepada bakal pelanggan yang subscribe pada mana-mana plannya. Peraduan ini dinamakan “IPunya Contest atau Peraduan iPunya! Beli & Menang” P1 ..
Peraduan ini bermula pada hari ini, 20 April 2012 sehingga 17 Jun 2012.. Peraduan ini dibuka kepada para pelanggan baru mana-mana pelan P1 sepanjang tempoh peraduan.
SYARAT-SYARAT PERADUAN
Sepanjang tempoh peraduan, para pelanggan boleh memilih salah satu daripada pakej yang ditawarkan iaitu P1’s 1) ForHome™, 2)ToGo™, atau 3) OnePlan™ yang kukuh yang didatangkan sepenuhnya dengan jalur lebar talian tetap dan sedia guna serta servis suara pada satu harga rendah.
Untuk menyertai peraduan, para pelanggan baru hanya perlu log masuk ke akaun self-care mereka, dan jawab dua soalan. (soalan pun senang amat!)
Pemenang akan dihubungi melalui SMS, email dan laman web P1 pada akhir Jun 2012.
Alhamdulillah, hari ini genap saya berumur 28 tahun (yikes, tahun depan dah 29!). Makin tua ngupenya… Terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan kerana sudi wish birthday ke atas saya. Bila di calculate balik, lebih 300 wishes saya terima termasuk di FB, PM, Email dan juga SMS malah tidak kurang ada yang call terus!
Jadi apa azam saya untuk tahun hadapan? Of course kita mahu berubah dah menjadi orang yang lebih baik dari semalam kan? Antara azam saya untuk tahun hadapan adalah:
Masih lagi memegang azam mendapatkan RM1 juta sebelum akhir tahun 2011.
Menyelesaikan semua masalah kredit yang ada.
Membantu rakan yang lain memahami dan meneruskan perjuangan dalam perniagaan internet.
Menjadi seorang insan yang boleh memberi manfaat kepada orang di sekeliling.
Pada ahad lepas, saya telah mengadakan kelas Berblogging & ianya dihadiri oleh 3 orang rakan yakni En Azhari, En. Hafiz & Cik Asma.
Sesi sehari tersebut, saya hanya kenakan RM47 sahaja. Dan saya sendiri buat survey ke atas mereka bertiga. Ternyata ianya berbaloi. Ramai yang ingin join tapi tak berkesempatan. Jadi saya akan buat sekali lagi sesi seperti ini pada hari Sabtu ini (9/3/2010).
Fuh… penat seharian semalam masih lagi tak hilang. Baru balik dari Mentakab, Pahang menghadiri majlis perkahwinan adik saya dan pasangannya Cik Siti. Hehehe.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan didoakan mereka happy, bahagia selamanya. Amin!
Berbalik pada cerita yang saya nak sampaikan. Pada hari Sabtu lepas, saya mengadakan sesi personal coaching Google Adsense bersama Kak Rita. Setelah seharian lebih sesi tersebut habis, maka petang tadi saya semak Facebook saya dan lihat ada photo yang di tag dengan nama saya.
Selama sehari lebih ditinggalkan, maka outcome telah nampak! Alhamdulillah, Kak Rita mengaplikasikan apa yang diajar dengan betul.
Selamat datang ke blog saya. Informasi di dalam blog ini lebih berbentuk tutorial, maklumat, dan juga beberapa tips berkenaan Perniagaan Internet, yang mana telah saya pelajari dan lalui sendiri. Pengalaman yang saya perolehi, akan saya kupas dan kongsikan bersama dengan readers & subscriber blog ini.
Tiada jalan yang singkat untuk berjaya. Anda perlu melaluinya satu persatu. Melalui itulah anda akan memperolehi pengalaman berharga dan ia adalah GURU utama anda dalam mendidik dan dalam menuju jalan yang anda inginkan.
Kata orang perniagaan adalah 9/10 dari cabang rezeki, tetapi jangan lupa kerana 9/10 juga adalah cabaran dan dugaannya! Untuk berjaya, anda perlu ada misi, visi, strategi dan mentor yang betul. Anda tidak boleh lakukannya bersendirian, jadi anda perlukan satu group khas untuk membantu dan bekerjasama dalam perniagaan anda.