IPunya Contest Dari P1 [ April 22nd, 2012 ] Posted in » Umum

P1 baru-baru ini menganjurkan satu peraduan yang menawarkan hadiah yang best kepada bakal pelanggan yang subscribe pada mana-mana plannya. Peraduan ini dinamakan “IPunya Contest atau Peraduan iPunya! Beli & Menang” P1 ..
Peraduan ini bermula pada hari ini, 20 April 2012 sehingga 17 Jun 2012.. Peraduan ini dibuka kepada para pelanggan baru mana-mana pelan P1 sepanjang tempoh peraduan.
 SYARAT-SYARAT PERADUAN
  • Sepanjang tempoh peraduan, para pelanggan boleh memilih salah satu daripada pakej yang ditawarkan iaitu P1’s 1) ForHome™2)ToGo™, atau 3) OnePlan™ yang kukuh yang didatangkan sepenuhnya dengan jalur lebar talian tetap dan sedia guna serta servis suara pada satu harga rendah.
  • Untuk menyertai peraduan, para pelanggan baru hanya perlu log masuk ke akaun self-care mereka, dan jawab dua soalan. (soalan pun senang amat!)
  • Pemenang akan dihubungi melalui SMS, email dan laman web P1 pada akhir Jun 2012.

Perbincangan: peristiwa-peristiwa yang tidak dapat dilupakan ketika belajar di universiti dulu

Hangat juga topik perbincangan kali ini di FB. saya tampalkan di sini.

Syed Ikhwan:
saya teringat pada minggu pertama saya menginap di asrama KUT (sekarang dikenali sebagai UMT).

minggu pertama sudah hilang handset, dicuri akibat kelalaian sendiri. bukan saya seorang sahaja, tapi housemate saya pun kena juga. huhuhuhu…

disebabkan peristiwa ini, kecoh satu hostel dibuatnya… huhuhuhuhu…

Syed Ikhwan:
semasa di dunia universiti inilah saya mengenal banyak benda. memang satu pengalaman berharga.

antara pengalaman lain yang tidak dapat dilupakan pula adalah, kami berjalan kaki sejauh 3-4km dari hostel ke kampus. jadi tak larat nak balik ke hostel selalu, maka kami akan stay di kampus sampai lewat petang untuk menunggu kelas terakhir.

pokoknya, pergi awal pagi, balik lewat petang/mlm. :)

Read More …

March 16th, 2010 | 1 Comment

Powered by WordPress | Blue Weed by Blog Oh! Blog | Entries (RSS) and Comments (RSS).