Rezeki itu satu kesyukuran, maka berkongsilah ia sesama kamu.
Semalam selepas pick up isteri saya dari kerja, kami terus ke kedai makan untuk makan malam. sampai di sana, saya nampak ayam golek di luar restoran. Jadi saya mengambil keputusan untuk beli ayam golek tersebut untuk di makan di restoran tu. Kami order nasi kosong, sup tomyam, sambal belacan dan air untuk dimakan bersama ayam golek tadi.
Alhamdulillah, apa yang saya makan tadi dapat mengenyangkan perut kami berdua untuk hari tu. Lepas habis makan, saya terpandang pada kelibat 2 beranak di belakang sebelah kanan isteri saya. Seorang ayah dan juga anak. Mereka baru sampai ke restoran tersebut. Si ayah berpakaian sedikit tidak bersih (saya anggarkan dia baru pulang dari kerja) begitu juga dengan keadaan anaknya. Mereka ke restoran tersebut dengan hanya berbasikal.
Maka duduklah 2 beranak tersebut di satu sudut untuk memesan makanan. Sungguh sayu saya memerhatikan keadaan mereka. Yang membuatkan saya menjadi lagi sedih apabila anaknya bertanyakan sesuatu kepada ayahnya sebelum mengambil order, lalu mengangguk paham dan kemudian ayahnya pula bertanya kepada pelayan tersebut, “Bang, nasi goreng kampung berapa 1 pinggan?” Kemudian waiter tu pun bergegas ke bahagian kaunter sambil menjerit, “Kak! nasi goreng kampung berapa dah satu?” “Tiga ringgit!” akak tu menyahut.
Berdetup sekejap jantung saya melihat suasana tersebut. Melihatkan sorang ayah yang mahu memberikan anaknya makan setelah mereka penat bekerja seharian di luar (dari pengamatan saya, mereka ni bukan orang yang bekerja tetap, sebaliknya seperti yang bekerja menjadi suruhan orang yang mengambil upah harian).
Rasa sedih, pilu dan saya sekejap hati saya. Lantas kami beredar dari restoran tersebut… Tetapi di dalam kereta fikiran saya masih berlegar-legar dan berasa bersalah. “Kenapa tidak kuhulurkan sekeping 2 note RM10 diberikan kepada kaunter untuk membayar makanan mereka tadi? Aiseh…”
Sampai sekarang saya masih lagi dibelenggu rasa tidak senang hati.. sepatutnya rezeki yang saya dapat ni, sedikit sebanyak boleh dikongsikan dengan orang yang memerlukan pada masa diperlukan!
Pengajarannya di sini:
1) Setiap rezeki yang kita perolehi, walupun sedikit, maka bersyukurlah. Kerana masih ramai lagi di antara kita yang masih memerlukan, tetapi mereka tetap bersyukur.
2) Bersedekahlah untuk membersihkan harta kamu. Alhamdulillah, sejak saya mengamalkan bersedekah kepada masjid dan fakir miskin, saya dapat rasakan kelancaran memperolehi rezeki dan ketenangan hati.
3) Jangan kedek! sentiasa ringankan tangan anda menghulurkan bantuan bilamana diperlukan pada masa yang diperlukan.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Tags: bersedekah
October 10th, 2008 at 2:58 am
Seperti kita memberi duit raya, rezeki yang ada kita kongsi bersama selagi kita mampu.. Insyaallah ada fadhilat, rahmat dan berlipat ganda rezeki
October 10th, 2008 at 3:08 pm
Salam,
Saya begitu tersentuh dengan apa yang saudara Syed ceritakan.
Saya tersenyum sendirian apabila terkenangkan situasi begitu yang pernah saya lalui dahulu. Saya masih ingat, ketika saya mengalami kejatuhan didalam perniagaan sehinggakan hampir 2 tahun cuma mampu berjalan kaki dan guna public transport (10 tahun dulu), apabila tiga anak lelaki saya minta belikan mereka ke aiskrim (salah seorang darinya telah pun kembali kerahmatullah), saya tidak mampu…..benar-benar tidak mampu.
Ketika itu, saya terus keluar dr rumah dan menangis sendirian sepanjang saya berjalan kaki tanpa hala tuju. Saya merasakan saya lah bapa yang paling tak berguna dalam dunia ini. Tetapi setiap yang berlaku ada hikmahnya…Ianya menjadikan saya semakin tabah dan bersemangat untuk memperjuangkan hidup ini. Seolah-olah satu kekuatan yang timbul dari dalam diri saya, keazaman yang begitu berkobar-kobar untuk bangkit kembali demi isteri dan anak anak tercinta.
Alhamdullillah, selepas insiden berikut, sedikit demi sedikit keadaan saya bertambah baik dan sehingga hari ini insiden tersebut telah mengubah sama-sekali pandangan saya tentang erti kehidupan yang sebenarnya.
Hari ini, saya telah mengingatkan diri saya bahawa “HIDUP KITA BUKAN NYA UNTUK KITA SEORANG SAHAJA, TAPI JUGA UNTUK ORANG-ORANG DISEKELILING KITA” … Membantu/Berkongsi/Memberi apa sahaja yang termampu pada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Insyaallah hidup kita akan menjadi lebih bermakna, tenang, seronok dan mendapat kerahmatan serta keberkatan yang melimpah ruah dari pencipta kita.
October 10th, 2008 at 7:29 pm
Salam Bro. Syed,
Saya setuju dengan pendapat bahawa mereka-mereka seperti ini sememangnya memerlukan bantuan daripada kita, orang-orang yang mungkin lebih bernasib baik berbanding mereka.
Tapi saya rasa, saya kurang setuju dengan cara bantuan yang kita berikan. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Kita sememangnya telah dilatih dengan gaya yang sebegini rupa sejak dari dulu. Kita diajar bahawa kita dikira sebagai memberi bantuan hanya sekiranya kita memberikan sedikit wang kepada mereka-mereka yang seperti ini.
Saya rasa ini salah. Tindakan ini sebenarnya tidak membantu tetapi sebaliknya MENGHANCURKAN mereka. Apa yang kita ajar kepada mereka adalah satu sifat dan pemikiran, “Saya orang susah, sila beri sedikit wang kepada saya.”
Saya sebenarnya lebih suka kalau orang-orang seperti ini diberi bantuan berupa barang-barang seperti mesin membuat air tebu, atau mesin rumput, atau mungkin mesin membuat kuih.
Kenapa?
“Don’t give them fish because when the fish finished, they will die due to starvation. Instead, give them rod, so that when the fish finished, they know how to find another fish.”
Got what I mean?
October 10th, 2008 at 9:16 pm
yup betul. jgn kasi ikan kat mereka, tapi sebaliknya kasi pancing kat mereka supaya mereka dapat mencari ikan dikemudian hari.
October 11th, 2008 at 2:01 pm
ehm..betul. cuma kekadang perasaan segan dan malu tu menebal dalam diri kita.
October 13th, 2008 at 9:22 am
Rezeki yang kita dapat setiap hari itu kurniaan tuhan,kita hanya berusaha hanya tuhan yang akan tentukan.
Walau sehebat mana pun usaha kita jika tuhan belum mahu memberinya maka tiadalah rezeki kita….
October 14th, 2008 at 5:32 am
sedih jugak baca cerita ni.
October 14th, 2008 at 10:46 pm
tak pe , jangan sedih itu satu hidayah yang Allah berikan pada kita. setiap satu sedekah yang diberi akan diberi kembali 10 kali ganda kebaikan. God bless us ….not U.S.
October 15th, 2008 at 1:43 am
Setiap kita telah ALLAH tetapkn rezeki.. Tetapi apabila kita lebih sayangkan harta pasti kita akan ALPHA..
Dulu aku ‘buta’, la nie alhamdullilah. Walau tidak banyak dpt juga aku bersedekah pada yg perlu..
October 15th, 2008 at 12:20 pm
saya pun nak pancing jugak laa. nak pancing duit usd… duit rm… duit sterling… duit euro…
October 19th, 2008 at 10:52 am
ehm. jadi, berusahalah selagi kita mampu dan jangan putus asa atas sebab yang terlalu mudah.
October 20th, 2008 at 12:57 am
Alhamdulillah,
Segala puji bagi dia yang telah memberikan kecukupan makan, minum dan kehidpuan ini.
Jika kita kaya, pandang2lah yang di bawah.
Jika kita miskin, pandang2lah juga yang di bawah.
Ini akan membuatkan kita lebih insaf dan mensyukuri rezeki Allah.
TErima kasih syed atas perkongsian kali ini.