::::::::::::::::::::::::::::::::::VideoUsahawan Best!
Powered by MaxBlogPress 

Pesanan untuk Alang!

December 5th, 2008

Pesanan ini khas dibuat untuk Alang! Semalam aku tak sempat turun, bz terlajak-lajak seminggu ni. Lepas raya on balik. Harap ko + geng yang lain berlatih sebaik mungkin. Hehehehe… Jangan sangka aku dok diam je ni. Ni sambil menaip pun aku dok timbang bola ping pong ni! hehehehehe… Video untuk korang. :D

p/s: Kepada rakan ping pong sekalian, Selamat Hari Raya Aidiladha. :D

Bagaimana caranya nak mengajar si Peragut?!

December 5th, 2008

Sekarang ni kejadian ragut makin menjadi-jadi di persekitaran kita. Jangan disangka tempat yang aman pun takda peragut! Jadi kita sebagai rakyat Malaysia ni, terpaksalah sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling kita supaya tidak menjadi salah seorang mangsa ragut.

Pelbagai cerita ragut (bukan ragut rumput la! Tu kambing!) yang saya dengar. Ada yang cedera sampai dikerjakan ke ICU. Ada yang ditumbuk berkali-kali ketika diragut oleh si peragut durjana. Kesian pada kaum hawa. Korang tak kesian ke? Cuba korang tengok contoh video peragut yang tertangkap di bawah ni. Orang kat sekeliling tu geram menyengat je, sampai ada yang tak tahan dan terus membelasah si peragut durjana tu!

Salah satu penyumbang kepada peningkatan jenayah ragut ni adalah peningkatan kos sara hidup di Malaysia yang amat ketara yang sedikit sebanyak menindas golongan kelas rendah dan menengah. Begitu juga kebanjiran warga asing yang diibaratkan tidak dikawal oleh pihak yang bertanggungjawab. Jika anda perasan, ada yang datang sini bukan untuk bekerja, tetapi untuk mencari duit senang!

Jadi bagaimana pendapat anda? Adakah satu kaedah yang boleh kita buat untuk atasi gejala ini dari terus merebak? Kita bincangkan. :)

How to Customize Permalink Structure

December 3rd, 2008

Hari ni selepas melepaskan kebuntuan sehari di rumah dengan menonton wayang (cerita Twilight), saya meluangkan sedikit masa melawat blog-blog yang selalu saya lawati untuk mendapatkan ilmu baru serta menenangkan minda. :D

Jadi sedang saya melawat blog Saiful Nang, saya melihat permalink structure blog beliau. Jadi saya dapati beliau tidak set permalink structure blog beliau mengikut mesra Search Engine (menggunakan SEO on-page technique).

http://blog.saifulnang.net/?p=558

Jadi ianya satu kerugian jika kita tidak mengoptimise blog kita dengan menggunakan fungsi permalink sebaik mungkin. Ramai juga di kalangan rakan yang bertanya, bagaimana nak set permalink supaya ia boleh keluar mengikut post atau topik yang kita postkan tadi. Sila rujuk gambar di bawah sebagai contoh (saya ambil contoh permalink blog saya).

http://www.syed-ikhwan.com/tips-dan-tricks/make-your-own-cool-online-personal-signature

Jadi di sini saya akan cuba bantu bagaimana caranya untuk setkan permalink begitu.

Read the rest of this entry »

Make Your Own Cool Online Personal Signature!

December 1st, 2008

Pernahkah anda terfikir bagaimana cara nak buat digital/online personal signature untuk diletakkan di dalam ebook ataupun di signature di forum-forum anda bergiat?

Macam contoh di atas ni… Lawa tak? Jika tahu caranya, tidaklah sesukar mana pun nak mencipta tandatangan digital seperti di atas. Hanya memerlukan beberapa klik sahaja dan ianya siap dalam masa beberapa minit! Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah dengan daftar di website ini

http://mylivesignature.com/

Kemudian ikuti arahan step-by-step yang telah disediakan oleh website tersebut sehinggalah anda dapat create satu tandatangan digital anda sendiri! Selepas mencipta tandatangan versi digital, anda bolehlah mula menggunakannya sebagai tanda trademark anda di forum-forum yang anda sertai mahupun di hasil karya digital anda. Selamat Mencuba. :)

Unlock Protected, Password Lock & Printing Limitation of .PDF file

November 30th, 2008

Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda telah membeli sesuatu ebook dalam bentuk .pdf tetapi anda nak print tak boleh? Perkara ini sering terjadi kepada saya dari dulu lagi tetapi ianya bukan satu masalah yang besar.

Unlock Protected, password lock & Printing limitation of PDF file

Tujuan si penjual lock fail mereka adalah untuk melindungi fail tersebut dari disalah cetak ataupun diedarkan secara haram atau dalam erti kata lain melindungi harta intelek mereka. Tetapi dalam tidak disedari limitation yang mereka cipta itu kengkadang menimbulkan masalah kecil kepada pelanggan mereka kerana tidak semua pelanggan suka membaca secara terus melalui PC/laptop mereka. Ada sesetengah dari mereka lebih suka untuk print dulu ebook tersebut dan membacanya secara offline. Barulah ada feel! :)

Jadi, anda sebagai pengguna janganlah pula cepat melatah tanpa mencari dahulu jalan penyelesaiaannya. Cara pertama yang anda boleh gunakan adalah dengan menghubungi balik si penjual tersebut untuk memintanya dengan versi print-able.

Jika anda menemui jalan buntu juga, maka di sini saya ingin berkongsi 1 tips bagaimana untuk Unlock Protected, Password & Printing Limitation of .PDF file dengan menggunakan kaedah percuma tanpa perlu anda membeli atau menginstall apa-apa software di PC/laptop anda.

Anda hanya perlu melayari website

http://www.ensode.net/pdf-crack.jsf

Di website berkenaan (scroll bawah sikit) ada satu ruangan untuk anda upload file pdf anda ke server mereka. Dalam masa beberapa minit, fail tersebut akan diremovekan segala limitation yang ada dan akan dibukakan dalam tetingkap internet explore yang baru. Tadaaaaa… Nah! Sekarang anda boleh terus print file .pdf anda tanpa perlu bersusah payah membeli atau menginstall apa-apa software di PC/laptop anda! Murah bukan?

Jadi, apa tunggu lagi. Cubalah!

p/s: Selepas selesai proses un-lock dijalankan di website tersebut, jangan lupa savekan dulu fail pdf tersebut!

Resume macam ni pun ada ke?

November 30th, 2008

Tadi saya dapat satu forward email dari wife saya. Tergelak sakan saya baca! Cuba anda baca resume di bawah ni. :D

RESUME

Name: Ah Mei
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who
dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don’t like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father’s name: Daddy
Father’s IC: You ask him
Mother’s name: Mummy
Mother’s IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification: Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?

Syed-Ikhwan.com Berwajah Baru!

November 29th, 2008

Selepas menyambut hari lahir saya pada 26 Nov lalu, maka saya menanam azam untuk melakukan perubahan yang boleh membawa peningkatan diri dan sekaligus membimbing ke arah jalan seorang yang berjaya! Tahun depan mesti menjadi satu tahun yang tak akan saya lupakan yakni mengejar cita-cita menjadi jutawan dalam mata wang USD!

Ramai di antara kita ingin jadi kaya tetapi sedar bahawa apa yang kita buat untuk membawa diri kita ke arah tersebut? Adakah usaha yang sedang kita lakukan sekarang ini mampu membawa dan mencapai cita-cita kita untuk menjadi seorang jutawan?

Masuk kandang kambing, mengEmbek! Masuk kandang rimau, mengAum! Begitu juga jika anda ingin menjadi seorang jutawan. Maka latih diri anda supaya berfikiran seperti seorang jutawan, bekerja seperti seorang jutawan dan hidup seperti seorang jutawan, malah jika boleh berkawanlah dengan jutawan! Itu realiti hukum alam yang kita tidak sedari walaupun nampak tidak nyata tetapi ia sedikit sebanyak akan membimbing kita ke arah apa yang kita inginkan. Fungsinya sebuah minda separa sedar

Saya berikan satu contoh, siapa yang tak pernah dengar dengan nama SaifulNang? Adik saya merupakan peminat utama beliau malah menjadikan beliau sebagai salah seorang idola beliau! Saya kagum dan inpsired dengan semangat SaifulNang setiap kali membaca blog beliau. Bagi saya dari gaya pemikiran dan set halatuju beliau amat jelas dan sangat teratur sekali. Sebab itu tidak mustahil jika beliau boleh mencapai tahap Multi-Jutawan tahun depan. :)

Jadi, anda bagaimana? Telah menetapkan ke mana halatuju dan perancangan anda? Dah tanam dalam minda anda apa yang anda ingin capai pada tahun depan? Ada tak usaha yang boleh menyebabkan impian anda pada tahun depan itu tercapai? Maka fikir-fikirkan…

Syed Ikhwan.

Happy Birthday!

November 26th, 2008

Happy 26th Birthday!

26 Nov 1982. - 26 Nov 2008

Cara Point Domain ke hosting

November 21st, 2008

Anda dah beli domain, tapi taktau nak point domain anda ke hosting anda. Jadi, dalam tutorial kali ni saya akan ajar bagaimana nak point domain ke hosting anda.

1) Login ke cpanel hosting anda. contohnya www.website-url-hosting-anda.com/cpanel

2) Kemudian, anda akan cari “Web Host Manager”. Klik situ, then window baru akan dibuka.

3) Sekarang anda berada di antara muka untuk manage segala urusan add/remove/edit domain-domain anda.

4) Sebelum add domain anda tadi, anda kena pastikan anda dah sediakan “package” yang elok utk domain tersebut. Ini adalah untuk set berapa space dan bandwidth yang anda benarkan untuk domain tersebut. (Kalau anda buat bisnes sewa hosting, so better anda set package ikut apa yang bakal anda jual nanti. Contohnya space 100Mb, bandwidth 500Mb).

Read the rest of this entry »

PHP Programmer to join the best IM Team Urgently Needed!!!

November 19th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Seperti tajuk di atas, syarikat kami sedang mencari individu yang berkebolehan di dalam PHP programming untuk mengisi kekosongan yang ada sekarang.

Main Requirement:

  1. PHP programming
  2. object oriented PHP -> advantage
  3. AJAX -> advantage

Extra Requirement:

  1. willing to work as a team, under pressure
  2. passionate to coding
  3. aspire to further R&D new technologies and new trends

Advantages bila bekerja bersama kami:

  1. Working with the very best IM team
  2. More exposure to market - local & global
  3. Profit sharing & income bonus
  4. Only for those who want 4 to 5 figure income per month
  5. Work at the comfort of your home
  6. Salary slip, EPF, Socso can be arrange for those passed the requirement

Berminat? Sila hubungi saya secepat mungkin di talian 013-3936460. Saya expect only yang serious dan yg boleh kasi dedication 100% sahaja yang akan call.

Amacam? Ada yang berbakat terpendam?