::::::::::::::::::::::::::::::::::VideoUsahawan Best!
Powered by MaxBlogPress 

Kerja Kosong

Buat masa kini saya memerlukan mereka yang boleh menulis unique articles in English yang boleh memberikan komitment 100% dengan tugasan yang diberikan. Jika anda rasa anda memenuhi Criteria di bawah ni, jangan segan silu, teruskan membaca! :)

Criteria asas yang diperlukan:

  1. Berdedikasi & komitmen di atas tugasan yang diberikan.
  2. Menepati date line yang ditentukan dan NEVER late.
  3. Jujur dan amanah serta menghormati saya sebagai majikan anda sebagaimana saya menghormati anda sebagai employee yang bekerja BERSAMA saya.
  4. Tidak banyak “songeh” / dolak dalih / alasan untuk menidakkan atau melambatkan sesuatu tugasan.
  5. Keutamaan diberikan kepada mereka yang selesa bekerja di rumah dan mempunyai waktu 100% terhadap tugasan yang diberikan.
  6. Mempunyai internet connection (saya prefer Streamyx).
  7. Boleh dihubungi dan available setiap masa samada melalui Yahoo Messenger (kalau taktau YM, jgn apply), telefon rumah atau handphone.
  8. Wajib mempunyai kelengkapan Computer, internet connection (rujuk perkara 6), dan sebuat scanner.
  9. Mahir dalam penggunaan aplikasi internet serta penggunaan engine carian Google. (tak buta internet!).
  10. Seorang yang kemas, teratur dan berdisiplin dalam membuat kerja. Maknanya, kerja mesti mengikut format yang disediakan.

Criteria WAJIB:

  • Boleh menyiapkan minima 4 uniuqe artikel setiap hari (Mandatori!). (Makna uniqe artikel di sini adalah tidak pernah dipublishkan di mana-mana internet mahupun di mana-mana laman web).
  • Copyscape pass. Apa itu copyscape? Ianya satu website yang boleh mengesan ayat kita pernah dipublishkan di mana-mana website di internet atau belum.
  • Artikel yang anda siapkan boleh didapati samada di re-write semula dari PLR articles, scan dari buku-buku yang berkaitan (sila kaji dahulu), atau ditranslatekan dari BM kepada BI dari majalah-majalah tempatan (terutamanya majalah berkaintan artikel parenting, pregnancy, health dan yang sewaktu dengannya). Sebab tu kena ada scanner (rujuk perkara 8).
  • Setiap 4 artikel harian mestilah disubmit kepada saya sebelum pukul 12.00 tengah malam pada hari tersebut. Sebaran kelewatan, saya akan nilai tahap performa anda. Jika lebih 30 artikel disubmit pula, saya akan tambahkan lagi nilai tahap performa anda.
  • Artikel yang ditulis mestilah mengikut format yang disediakan. Anda boleh rujuk format tersebut di sini. Saya juga ada menyediakan 4 contoh artikel yang telah ditulis dengan baik dan disubmit kepada saya. Anda boleh merujuk kepada sample-sample artikel di sini. Sample 1, Sample 2, Sample 3, Sample 4.
  • Saya amat mementingkan kualiti dalam setiap article yang disubmit kepada saya. Maka setiap article mestilah di “proof read” dahulu sebelum ianya disubmit kepada saya. Apa itu “proof read”? Proof read merujuk kepada semakan dengan membaca semula article tersebut dari awal sehingga akhir dengan memastikan bahasa tiada kesalahan dari segi ejaan dan tatabahasa di dalam artikel anda. Jangan submit artikel hasil dari kerja translate kepada saya. Kerana pelanggan saya tidak memahami hasil kerja sebegitu. Sesuatu artikel mestilah boleh dibaca oleh seorang manusia, bukan robot. :D
  • Pastikan artikel anda di “Justify“kan dahulu formatnya sebelum submit kepada saya.
  • Panjang minima sesebuah artikel tersebut adalah 450 words dan semuanya di dalam bahasa English. Ya, English!
  • Sila semak dahulu ayat anda di dalam internet supaya ia dapat memastikan ayat anda benar-benar unik dan tidak pernah dipublishkan di internet. Bagaimana cara menyemaknya? Copy beberapa ayat di dalam artikel anda, dan paste kan di kotak carian Google.com, then tekan search. Jika tiada perkataan sebijik macam tu, bermakna unique la tu.
  • Saya menerima apa jua topik yang anda tulis. Tetapi saya tidak menerima topik yang terlalu umum/general. Sebaik-baik topik adalah mengikut isu semasa, perayaan semasa, event semasa ataupun topic hangat yang baru dibincangkan global.

Bagaimana workflow serta Gaji dan imbuhan performa:

  1. Saya menawarkan RM2-RM7 per artikel. Tiada penolakan kos tersembunyi. Bermakna jika 10 artikel anda direview serta diluluskan oleh saya, maka anda berpeluang memperolehi dari RM20-RM70 sehari! Dibayar ke dalam akaun bank simpanan/semasa anda tepat selepas 3 hari artikel anda diterima.
  2. Setiap artikel yang disubmit kepada saya, saya akan review dahulu. Jika artikel anda diterima, anda akan menerima bayaran. Jika artikel anda ditolak, anda tidak akan menerima bayaran.
  3. Semasa setiap kali nak submit artikel ke email saya, pastikan anda memberikan detail dibawah supaya memudahkan urusan pembayaran.
  • Nama Penuh
  • No Telefon
  • Nama Bank
  • No Akaun
  • Email

Untuk memahami bagaimana proses ini berjalan sila lihat gambarajah di bawah,

Ok? Jika anda mempunyai kemahiran seperti yang saya nyatakan di atas, memenuhi aspek yang saya nyatakan di atas. Jangan malu-malu untuk submit artikel kepada saya.  So, good luck.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, jangan segan silu untuk mengubungi saya di 013 3936460

Yang benar,