Hi awak...cam pernah tengok IP awak ni. Selalu ke usha blog ni? Kalau selalu mesti perasan link ni kan?
Powered by MaxBlogPress 

Archive for the ‘personal’ Category

Syed-Ikhwan.com Berwajah Baru!

Saturday, November 29th, 2008

Selepas menyambut hari lahir saya pada 26 Nov lalu, maka saya menanam azam untuk melakukan perubahan yang boleh membawa peningkatan diri dan sekaligus membimbing ke arah jalan seorang yang berjaya! Tahun depan mesti menjadi satu tahun yang tak akan saya lupakan yakni mengejar cita-cita menjadi jutawan dalam mata wang USD!

Ramai di antara kita ingin jadi kaya tetapi sedar bahawa apa yang kita buat untuk membawa diri kita ke arah tersebut? Adakah usaha yang sedang kita lakukan sekarang ini mampu membawa dan mencapai cita-cita kita untuk menjadi seorang jutawan?

Masuk kandang kambing, mengEmbek! Masuk kandang rimau, mengAum! Begitu juga jika anda ingin menjadi seorang jutawan. Maka latih diri anda supaya berfikiran seperti seorang jutawan, bekerja seperti seorang jutawan dan hidup seperti seorang jutawan, malah jika boleh berkawanlah dengan jutawan! Itu realiti hukum alam yang kita tidak sedari walaupun nampak tidak nyata tetapi ia sedikit sebanyak akan membimbing kita ke arah apa yang kita inginkan. Fungsinya sebuah minda separa sedar

Saya berikan satu contoh, siapa yang tak pernah dengar dengan nama SaifulNang? Adik saya merupakan peminat utama beliau malah menjadikan beliau sebagai salah seorang idola beliau! Saya kagum dan inpsired dengan semangat SaifulNang setiap kali membaca blog beliau. Bagi saya dari gaya pemikiran dan set halatuju beliau amat jelas dan sangat teratur sekali. Sebab itu tidak mustahil jika beliau boleh mencapai tahap Multi-Jutawan tahun depan. :)

Jadi, anda bagaimana? Telah menetapkan ke mana halatuju dan perancangan anda? Dah tanam dalam minda anda apa yang anda ingin capai pada tahun depan? Ada tak usaha yang boleh menyebabkan impian anda pada tahun depan itu tercapai? Maka fikir-fikirkan…

Syed Ikhwan.

Happy Birthday!

Wednesday, November 26th, 2008

Happy 26th Birthday!

26 Nov 1982. - 26 Nov 2008

Rezeki itu satu kesyukuran, maka berkongsilah ia sesama kamu.

Friday, October 10th, 2008

Semalam selepas pick up isteri saya dari kerja, kami terus ke kedai makan untuk makan malam. sampai di sana, saya nampak ayam golek di luar restoran. Jadi saya mengambil keputusan untuk beli ayam golek tersebut untuk di makan di restoran tu. Kami order nasi kosong, sup tomyam, sambal belacan dan air untuk dimakan bersama ayam golek tadi.

Alhamdulillah, apa yang saya makan tadi dapat mengenyangkan perut kami berdua untuk hari tu. Lepas habis makan, saya terpandang pada kelibat 2 beranak di belakang sebelah kanan isteri saya. Seorang ayah dan juga anak. Mereka baru sampai ke restoran tersebut. Si ayah berpakaian sedikit tidak bersih (saya anggarkan dia baru pulang dari kerja) begitu juga dengan keadaan anaknya. Mereka ke restoran tersebut dengan hanya berbasikal.

Maka duduklah 2 beranak tersebut di satu sudut untuk memesan makanan. Sungguh sayu saya memerhatikan keadaan mereka. Yang membuatkan saya menjadi lagi sedih apabila anaknya bertanyakan sesuatu kepada ayahnya sebelum mengambil order, lalu mengangguk paham dan kemudian ayahnya pula bertanya kepada pelayan tersebut, “Bang, nasi goreng kampung berapa 1 pinggan?” Kemudian waiter tu pun bergegas ke bahagian kaunter sambil menjerit, “Kak! nasi goreng kampung berapa dah satu?” “Tiga ringgit!” akak tu menyahut.

Berdetup sekejap jantung saya melihat suasana tersebut. Melihatkan sorang ayah yang mahu memberikan anaknya makan setelah mereka penat bekerja seharian di luar (dari pengamatan saya, mereka ni bukan orang yang bekerja tetap, sebaliknya seperti yang bekerja menjadi suruhan orang yang mengambil upah harian).

Rasa sedih, pilu dan saya sekejap hati saya. Lantas kami beredar dari restoran tersebut… Tetapi di dalam kereta fikiran saya masih berlegar-legar dan berasa bersalah. “Kenapa tidak kuhulurkan sekeping 2 note RM10 diberikan kepada kaunter untuk membayar makanan mereka tadi? Aiseh…”

Sampai sekarang saya masih lagi dibelenggu rasa tidak senang hati.. sepatutnya rezeki yang saya dapat ni, sedikit sebanyak boleh dikongsikan dengan orang yang memerlukan pada masa diperlukan!

Pengajarannya di sini:

1) Setiap rezeki yang kita perolehi, walupun sedikit, maka bersyukurlah. Kerana masih ramai lagi di antara kita yang masih memerlukan, tetapi mereka tetap bersyukur.

2) Bersedekahlah untuk membersihkan harta kamu. Alhamdulillah, sejak saya mengamalkan bersedekah kepada masjid dan fakir miskin, saya dapat rasakan kelancaran memperolehi rezeki dan ketenangan hati.

3) Jangan kedek! sentiasa ringankan tangan anda menghulurkan bantuan bilamana diperlukan pada masa yang diperlukan. :)

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Sekitar di Majlis perkahwinan Alang

Saturday, August 16th, 2008

Pada hari ini, saya menghadiri majlis perkahwinan saudara kami Shamsul Fikri Dato’ Mustafa betul tak eja ni? (anak mak ulong) di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor di mana tempat majlis perkahwinan kami dilangsungkan dulu. hehehehe…

Kami sampai awal juga dalam pukul 1.00 petang camtu. Sampai-sampai je terus melantak, makan kat buffe tepi tak sempat tunggu makan berhidang!. Dewan mula dimasuki tetamu sedikit demi sedikit, tetapi agak pelik ramai yang dijemput tak dapat menghadirkan diri kerana mostly mereka terpaksa ke Permatang Pauh. Adeh, spoil tul. Yang sempat saya tgk pun antaranya adalah tetamu VIP yang terdiri dari penasihat agama Perdana Menteri, duta Bosnia Herzegovina, duta Korea kot, Dato Zahidi (Menteri Jabatan Perdana Menteri) then banyak lagi la, mostly org politik cam ramai org UMNO je dalam tu erk…. merimaskan plak.

Saya dan isteri pula asyik sibuk dok kacau chacha…huhuhu…kepingin anak ni. Berikut sedikit sebanyak gambar di tempat kejadian.