Hi awak...cam pernah tengok IP awak ni. Selalu ke usha blog ni? Kalau selalu mesti perasan link ni kan?
Powered by MaxBlogPress 

Beli domain murah… bagaimana caranya?

Pada post kali ini pula saya akan berkongsikan cara bagaimana nak menjimatkan duit anda dengan membeli domain pada harga yang murah. Untuk pengetahuan anda harga standard domain bagi .com adalah dalam kadar ~ $9.29 per year yakni bersamaan RM29.73 (9.29 x 3.2). Bagi mereka yang baru memulakan eksplorasi perniagaan internet ni, RM29.73 tu adalah nilai yang agak tinggi untuk dilaburkan dalam membeli domain. Betul tak? Sebab tu masih ramai lagi yang sanggup menggunakan servis percuma seperti blogger.com mahupun wordpress.com

Tetapi pada hari ini, anda tidak perlu gusar lagi kerana saya ada cara menjimatkan perbelanjaan anda dalam membeli domain mahupun hosting. Percayakah anda, dengan menggunakan teknik yang akan saya bagitau di bawah ini, anda dapat membeli domain pada harga yang murah yakni ~ $8.41 ataupun bersamaan RM26.91per year dan membayar RM50 setahun untuk hosting sebanyak100Mb space! Yakni kalau dicampurkan, anda hanya berbelanja RM76.91 setahun untuk domain dan hosting anda! (kalau dikira-kira lagi, hanya RM0.21 sen sahaja sehari! biar betik!)

So bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah.

1) Pertama sekali anda boleh buat pembelian domain melalui namecheap.com (dan semestinya anda kena register akaun di namecheap dulu dan tambahkan nilai $$$ melalui paypal anda ke dalam akaun tersebut, boleh ikut budget anda).

2) Kemudian semasa proses pembelian domain dilakukan, masukkan coupon code namecheap ni, summerends

Anda akan diberikan potongan diskaun ketika membeli domain jika menggunakan coupon tersebut! Kalau code tu tak berkesan, anda boleh rujuk dan cari melalui link di bawah ni:

  • http://www.retailmenot.com/view/namecheap.com
  • http://www.hostingdiary.com/namecheap-coupon.html
  • http://www.google.com.my/search?hl=en&q=namecheap+coupon+code&btnG=Google+Search&meta=

3) Kemudian anda bole menghubungi saya @ team JomSeminar untuk mendapatkan hosting yang murah! Click di sini untuk maklumat lanjut. Kemudian kami akan setkan domain tersebut untuk hosting.

Senang bukan? Hehehehe… Jadi kamu tertanya apa benefitnya? Sudah tentulah kamu dapat start setup sesuatu blog/website dengan capital atau modal yang rendah kan? Kalau kamu bijak, dengan hanya modal RM76.91 ini, kamu boleh menjana RM423.09 dalam tempoh 5 hari. :) Tak percaya? Saya telah melakukannya…

Tags:

10 Responses to “Beli domain murah… bagaimana caranya?”

  1. RizalHardy Says:

    hoho, saya memang pendaftar setia di namecheap, dah selalu gak letak coupon code latest di blog saya…hehe…

    423.09 dlm 5 hari? hoho…adsense ke bang?

  2. admin Says:

    :) flip website. rasanya nak buat dalam mass quantity, tapi tangan tak cukup. :p

  3. Izo Says:

    Saya beli domain .com kat GoDaddy pkai coupon dapat dalam $7.15 :D

  4. Kasyidi Says:

    Thanks sifu, info yang bagus. Baru tahu ada cara utk dptkan domain dgn Murah :D

  5. SHAMXO Says:

    thanks bro…good info…

    nak terjun plak la kat namecheap…

  6. secret Says:

    saya sampai ke sini melalui dvd video usahawan setelah membaca ‘bonus’. kena bookmarks blog ni. thanks syed atas maklumat ni

  7. RahsiaHandphone Says:

    Baik punya murah bro!
    kAlu kena dengan caranya rite

  8. hafisme Says:

    bagus produk ini..

  9. alfie Says:

    Thanx bro,memang amat bernilai info nih….

  10. X-FaR Says:

    Murah… Murah…
    :)

Leave a Reply