Pemasaran online kepada IKS

Saya mempunyai seorang client yang menjalankan perusahaan pembuatan dan hampir 100% pemasaran dilakukannya secara offline. Budget pemasaran utk perniagaan beliau setiap bulan hampir RM50K. Beliau semakin lama semakin buntu memikirkan untuk memerluaskan perniagaan beliau disebabkan bugdet yang agak ketat dan juga ROI juga rendah. Tetapi setelah berjumpa dengan kami pada awal tahun ini, segalanya mula berubah…. Kami membantu beliau memperluaskan jaringan perniagaan beliau sehingga ke indonesia dan brunei hanya dengan 2 teknik pemasaran online sahaja. Turn over tahunan syarikat beliau sehingga hari ini (6 bulan lebih) sudah mencapai kepada RM1.4 juta. Manakala budget perbelanjaan untuk pemasaran online juga sudah ditingkatkannya kerana beliau yakin akan potensi...

Tip Facebook: Cara untuk ke line-2 dalam petak comment

Selalunya bila kita reply pada sesuatu comment, untuk ke line ke 2, kita tak boleh nak tekan enter kan? sebab kalau tekan enter, ia akan terus publish sebagai comment. Okies, tipnya untuk ke line ke 2, anda hanya perlu tekan shift + enter. nota: saya baru tahu trick ini secara tidak sengaja tadi. harap dapat memberi manfaat kepada rakan yang lain.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

Sedikit pesanan dari awek ni tentang puasa. Dengar-dengarkan.

Tentang impian…

Saya tidak menjual impian org lain, bukan juga impian sendiri. Tetapi saya ingin melihat impian tersebut menjadi kenyataan bagi setiap sahabat saya, yakni impian untuk mempunyai financial freedom. Dalam erti kata lain, bebas belenggu hutang dan bebanan financial keterlaluan. Jadi saya berharap apa yang saya kongsikan tidak kira dari segi pesanan infographic, video mahupun berbentuk ajakan bisnes, sedikit sebanyak dapat merubah dan membantu anda dalam membentukan laluan ke arah impian tersebut. Kita berusaha, berusaha, berusaha dan bertawakkal kepada Nya. Semoga Dia sentiasa mendengar apa yang kita panjatkan kepadaNya. InsyaAllah…

Blog ini sudah berusia 4 tahun

Sedar tidak sedar sudah 4 tahun blog ini wujud. Dalam masa empat tahun tersebut pelbagai theme, isu, niche penulisan telah saya persembahkan pada kalian semua. 4 tahun merupakan satu tempoh yang agak lama sebenarnya. Kalau dibandingkan dengan bayi yang baru lahir sehingga dia berusia 4 tahun, maka banyak perkara yang akan dipelajarinya.   Kita belajar melalui pengalaman dan pemerhatian (observation). Kemudian kita mencuba (eksperimentasi) dan pelbagai result yang kita dapat. Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Tidak mengapa gagal, kerana kegagalan merupakan salah satu faktor yang akan menggerakkan kita lebih maju setapak dari orang lain. Jadi saya berazam mulai hari ini saya ingin mahu menumpukan pengisian blog ini lebih kepada “tip-tip...

Subscribe Sekarang