Tabiat Pemakanan Si Kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sidang pembaca sekalian? Sudah mengisi perut yang kosong itu bersama kaum keluarga anda? Nah, di keluaran kali ini saya ingin mengutarakan maklumat dan info-info penting berkaitan tabiat pemakanan kita seharian dan terutama bagi si kecil anda.

pemakanan-kanak-kanak

Anak yang aktif dan bijak adalah impian semua ibu bapa. Melihat mereka membesar secara sihat merupakan satu kepuasaan yang tak ternilai. Bagi mereliasasikannya, perkara utama yang paling penting perlu dilakukan ialah memastikan anak anda mendapat makanan yang berkhasiat. Hidangan yang sihat antara elemen penting dalam membantu perkembangan otak anak anda.

Ikan salmon misalannya, kaya dengan kandungan Omega 3, DHA dan EPA. Semua bahan ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan fungsi otak anak anda. Kesannya, anak anda akan lebih fokus ketika belajar dan berfikiran tajam.

Selain itu, telur merupakan makanan yang paling senang didapati dan murah. Kuning telur bagus untuk perkembangan otak anak anda dan pada masa yang sama membantu proses pembelajaran. Sayur-sayuran pula lain ceritanya. Sayuran seperti bayam, sawi, tomato, brokoli dan lobak merah merupakan antara musuh ketat anak-anak. Mereka akan menggunakan berbagai alasan dan cara bagi mengelak memakan makanan tersebut, walhal sayuranlah menyumbangkan kadar vitamin dan serat yang tinggi kepada mereka.

Jelas kelihatan bahawa pengambilan makanan yang berkhasiat terhadap anak anda merupakan faktor terbesar menyumbang kepada kadar kepantasan tumbesaran dan perkembangan tubuh mereka terutama minda mereka. Anak-anak yang diberi makanan yang bernutrisi lebih bijak di dalam kelas, berstamina dan kurang menghidapi demam dan selsema.

Saya harap perkongsian saya kali ini dapat membantu para ibu untuk menyediakan menu yang berkhasiat kepada anak-anak anda. InsyaAllah dengan makanan yang sihat yang seimbang akan memberikan mereka kandungan vitamin dan mineral yang cukup bagi tumbesaran mereka. Jangan lupa, air tangan si ibu juga mempunyai kandungan enzim terbesar yang sangat berkhasiat secara semulajadi. Tiada dijual di pasaraya tau !

Saya mohon diri dahulu dan bertemu lagi kita di keluaran yang akan datang.  Salam hormat.

p/s: Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang penjagaan anak-anak, mungkin anda boleh menguhubungi kami di Excel Qhalif atau datang sendiri ke Children Playgroup yang kami adakan di Bangi. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Cik Ayu di talian 019-669 2284 atau 010-284 4866

Artikel ini ditulis oleh Cik Ayu dari Excel Qhalif.

5 thoughts on “Tabiat Pemakanan Si Kecil

  1. salam..mengupas tabiat pemakanan sikecil ni mmg sangat2 rumit..lagi2 bila dia diusia 2 tahun keatas bila mereka sudah tau mana yang mereka suka atau tidak..makanan yang mereka tidak suka itulah ada pegantinye seperti vitagen dan lain yang membantu imun,vitamin dan belbagai untuk tubuh badan dan kesihatan mereka..tp jika bayi dalam kandungan diawal usia 1 bulan hingga 9 bulan pula apa makanan yang siibu perlu makan untuk kesihatan bayi?

  2. Salam Perkenalan,

    Masyarakat Malaysia perlu berwaspada dengan isu pemakanan ini. Statistik menunjukkan peningkatan yang ketara dalam masalah obesiti. Jadi, latihlah anak anda untuk makan makanan yang berkhasiat.

    p.s : Ingat piramid makanan di sekolah. Yang paling atas tue kena makan paling skit :)

    Amir Azros
    Admin Pakar Keluarga

  3. tabiat makanan kanak2 memang isu yg selalu dibanfgkitkan oleh ibu bapa. ye la, anak2 pasti suka klu dapat makn makanan segera kan. ini merupakan punca masalah obesiti n penyakit yg lain dikalangan muda mudi kita.. minta izin share ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*
= 5 + 0