Pernahkah anda tercari-cari aktiviti playgroup untuk anak-anak anda? Saya sendiri selalu mencari tempat playgroup untuk anak saya, Jasmine. Saya merasakan ia satu aktiviti yang sangat penting dan menjadi salah satu perkara yang wajib ada pada setiap kanak-kanak pada awalan usia mereka. Ini kerana aktiviti playgroup seperti ini akan memberikan satu pendedahan dan pembelajaran yang amat berguna di samping pengalaman yang berbeza bagi setiap kanak-kanak yang menyertainya.
Jadi selalunya di mana pilihan anda?
Pernah dengar Excel Qhalif atau Alimkids?
Excel Qhalif & AlimKids Playgroup: Sedia Ruang Bermain Sambil Belajar.
Excel Qhalif merupakan satu badan yang menyediakan khidmat latihan dan kursus (training provider) yang khusus bagi kalangan kanak-kanak dan remaja . Khidmat kursus dan latihan ini juga merangkumi kanak-kanak seawal usia di waktu bayi lagi. Kami menyediakan ruangbagi kanak-kanak dan remaja masa kin iuntuk mendapat input yang bermanfaat dan member fleksibiliti kepada mereka dalammenerokai kelebihan yang ada didalam diri mereka.
Excel Qhalif juga merupakan salah satu pemegang lesen bagi AlimKids Playgroup di Bangi, Selangor. AlimKids Playgroup merupakan satu program permainan dalam pembelajaran (edutainment) yang dikhususkan bagi kanak-kanak berumur 2 sehingga 4 tahun sebagai persediaan lengkap mereka untuk memasuki alam tadika. Program AlimKids Playgroup ini menggunakan medium pembelajaran dalam bahasa Inggeris dan menekankan nilai-nilai Islam secara santai. Kanak-kanak ini diajar memberi salam terlebih dahulu sesama mereka sebelum memulakan pembelajaran, membaca Ummul Kitab, iaitu surah Al-Fatihah dan doa untuk ibu-bapa.
Program AlimKids Playgroup merangkumi aspek pengenalan terhadap diri kanak-kanak, ahli keluarga, tumbuhan, haiwan dan Kebesaran Allah S.W.T. Setiap modul mengambil masa selama 2 bulan untuk di ajarkan kepada kanak-kanak. Uniknya AlimKids Playgroup ini, ibu ataupun bapa boleh turut serta belajar di dalam kelas bagi mengeratkan lagi hubungan mereka dan melihat sendiri perkembangan anak-anak mereka.Tarian, nyanyian, senikreatif, lukisan dan lawatan sambil belajar merupakan inti utama dalam setiap modul playgroup ini.
Justeru itu, Excel Qhalif menganjurkan 1 sesi Prebiu secara PERCUMA bertarikh 25 Jun ini. Tujuan kami mengadakan prebiu PERCUMA ini bagi menjemput para ibubapa untuk mengalami dan menyaksikan sendiri demonstrasi setiap permainan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara live dan lebih dekat. Kami juga akan memberi ruang kepada sikecil anda turut sama menari dan menyanyi pada demontrasi kami nanti. Mereka juga berpeluang untuk berinteraksi bersama kenalan baru dan mencuba permainan yang terdapat dalam modul kami. Inilah peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan oleh semua ibubapa di luar sana.
Jika anda dan anak-anak terdiri daripada golongan di bawah ini :
- Muslim
- Anak-anak yang berumur antara 2 tahun sehingga 4 tahun
- Anak-anak yang pendiam, pemalu, hyperaktif dan mempunyai keyakinan diri yang rendah
- Ibubapa yang ingin melatih anak-anak fasih berbahasa Inggeris seawal mungkin
- Ibubapa yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengajar anak-anak anda
- Ibubapa yang mementingkan aspek pendidikan anak-anak
- Sesiapa sahaja yang mempunyai anak sendiri, anak angkat, anak saudara mahu pun cucu!
Antara faktor yang menyebabkan kenapa ibubapa patut hadir di sesi prebiu kami adalah:
- Inilah tempat yang amat sesuai bagi anda menikmati masa berharga bersama sikecil dalam tumbesaran mereka
- Nilai-nilai positif yang diterapkan tidak ternilai berbanding wang ringgit yang dikeluarkan
- Penerapan nilai dan sahsiah yang baik di kalangan anak-anak seawal usia mereka akan membantu anak-anak mendaki masa hadapan yang cerah dan gemilang.
- Dapat membantu anak-anak anda fokus dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi terutama dalam berkumpulan.
Untuk ketahui keterangan lanjut dan berdaftar secara online silalah ke web kami. >KLIK SINI<
TESTIMONI
Anak saya sangat pemalu dan akan melekat pada saya setiap kali kami berada dalam lingkungan orang yang tidak dikenali. Namun, keadaan berbeza selepas kira-kira sebulan, dia mulaenjoy dengan aktiviti kelas, terutama kelas kraf tangan. Dia mula tidak sabar menunggu hari Sabtu untuk ke sekolah. Hari yang dia boleh menyanyi, mendengar cerita, melakukan kerja seni, belajar ABC, membaca doa dengan teman-temannya, dibimbing dengan guru yang hebat. Terima kasih kepada ALIMKids kerana menyediakan modul playgroup. Anda telah lakukan kerja yang sangat hebat!
Puan Shaharin.

program yang sangat menarik dan berkualiti untuk pendidikan yang lebih baik.
satu perkongsian ilmu dan baik untuk guru prasekolah join dan mempraktikan ilmu tersebut untuk anak murid
program yang banyak memberikan kebaikan serta sangat menarik untuk diikuti
program yang amat bgus untuk pendidikan…baik untuk kanak2..
Satu program untuk membina asas islam dalam diri kanak-kanak. Ibubapa patut menghantar anak-anak mereka ke program ini.
terbaek!!
Setiap anak yang baru dilahirkan ibarat kain putih maka kedua ibu bapanyalah yang akan mencorakkan anaknya samada untuk menjadi yahudi, nasrani atau majusi(penyembah api).- mafhum hadis.
Ibubapa adalah orang yang akan dipertanggungjawabkan tentang didikan anak-anak terutamanya di akhirat nanti apabila berhadapan dengan Allah.
Jadi bagi saya program ALIM kids ini sangat sesuai untuk ibu bapa yang mementingkan pendidikan anak-anak. Anak-anak yang terlibat dalam program ini insyaAllah akan lebih termotivasi dan enjoy dalam pembelajaran mereka di samping mereka dapat bergaul dengan lebih ramai kawan berbanding di sekolah.
adalah langkah pertama yang bagus bg ibubapa dlm membentuk anak2 mereka supaya berada dlm enviroment ISLAM.
semoga program ini lebih maju ke depan
Salaam, Semoga adik-adik semua berjaya
Program yg amat berguna utk ibu bapa & anak2..program yg jarang didapati di tempat2 lain..
Program terkini yg memuatkan proses perbelajaran awal untuk si manja anda seawal umur 2 tahun. Program ini sangat menarik dimana setiap pengisian ilmu itu diajar dengan penuh teliti dan kreatif bagi intelektual anak-anak anda. Jadi apa tunggu lagi sertai sekarang dan jadikan si manja anda membesar dengan lebih pintar dan cergas.
Program yang sangat berguna untuk anak2..keep it up!
1 program yg begitu baik untuk perkongsian ilmu kepada anak-anak kita di luar sana..teruskan usaha
dari pembacaan, satu organisasi playgroup yang bagus. semoga perlaksanaannya mencapai target dan mendapat keredhaan Allah..insyaAllah
Saya tidak pernah dengar program sebegini rupa. Semoga dengan program ini, kanak-kanak lebih mudah cepat belajar. Mudah-mudahan
InshaAllah
pembelajaran yang bermakna bagi anak-anak pintar anda untuk menghadiri kelas ini…jadikan anak anda hari ini lebih pintar dari semalam…jadi,jangan berlegah masa lagi…insyaAllah, anak anda menjadi pintar dan cergas, dengan usaha dan tawakal yang berpanjangan.
terbaik neh bleh promote kt sekolah
bagus program ni.. org ckp.. melentur buluh biarlah dr rebungnya kan..
bila anak2 da masuk skolah nnt xde la kekok sgt utk mnyesuaikan diri dgn alam persekolahan..
satu program yg ptt diambil perhatian oleh ibu bapa bg mendidik anak..goog program..good luck!
bagusnyer program nie untuk ajar anak brdikari sblum smpai masanyer..nant senangla biler dh mula sekolah..since babe lg dh boleh anta blajar kt cnie..
program yg berkualiti untuk mendidik anak2 sejak dari kecil. Setiap ibu bapa patut menyertainya. Pendedahan awal akan membentuk anak2 yg lebih berkeyakinan, tak banyak ragam dan pandai bergaul.
Assalamualaikum.. Alhamdulillah program ni.. memang berkesan dan baik. Kita selalu terlepas pandang akan potensi dan perkembangan anak2 dari awal. Terima kasih semua yang beri komen. Saya sebagai penasihat Excel Qhalif rasa berbesar hati dapat memberikan input seperti ini pada masyarakat
Wah! Bagusnya ada program sebegini. Saya fikir ini merupakan program pendidikan awal yang lebih baik dari tadika biasa. Berbaloi kalau hantar anak ke sini nanti
Tapi nak kena kahwin dulu la..he nanti dah ada anak boleh hantar ke sini..he
baguslah program macam ni..
at least dapat didik kanak-kanak dr awl lagi dengan ajaran-ajaran sewajarnye…
tak de la menumpukan sepenuhnya pade plajaran tp jugak akhlak kanak-kanak..
SALAM..
bagus ada program ni..dapat membantu ibu bapa yg sibuk bekerja..semoga kerja2 yg dilakukan ikhlas kerana Allah S.W.T
program nie bagus untuk anak anak.bagus untuk pembelajaran anak anak dan perkembangan minda.sesiapa yang ada anak boleh la hantar ke sini.bagusss
Program yg baik untuk pelajaran..bagus untuk diikuti..dapat didik kanak2 diawal usianya lagi sebelum mereka menerjah ke alam persekolahan nanti
salam.program nie amat bagus untuk perkembangan minda anak2.jadi sesiapa yang ada anak boleh la cuba program ni
salam..program di atas merupakan satu program yang amat dialukan pada masa kini kerana ia melatih si kecil pelajari perkara yang berguna kelak
salam…perbanyakkan lagi program2 seperti ini…
baik utk kanak2 yg sdg membesar…..
terhindar drpd gejala yg tdk diingini…
1 pkongsian ilmu yg baik n memberi manfaat yg bguna kpd ibu/bpa jga bakal2 ibu dlm pnddikan anak2
wahhh…tis is great…anak2 boleh bermain sambil menimba ilmu…dan sgt sesuai untuk ibu bapa yg sgt sbuk dan tidak sempat melayan anak2 mereka….
saya hrap boleh buka cawangan di negeri sembilan juga
Salah satu yang terbaik & nampak enviromennya kondusif.
Satu program yang membawa manfaat kepada semua golongan masyarakat.
Tahap pembelajaran yang disusun rapi. Tahniah