Filem Kongsi – Lu Langsi Lu Mati!

Filem Kongsi kian menjadi sebutan dan keyword yang digunapakai untuk carian di Google sekarang ini. Filem Kongsi ini dibintang oleh Sam Shaheizy yang memainkan peranan sebagai seorang gengster thai yang ganas tapi agak “bingai!”. Filem Kongsi ini diterbitkan oleh Metrowealth dijangka akan “pecah panggung” dan mendapat kutipan yang agak besar.

Filem-Kongsi-2011

Beberapa babak yang boleh dikatakan menarik adalah seperti adengan “street fighting” yang ditonjolkan dalam filem ini memberikan satu improvement besar dalam industri perfileman tanah air. Begitu juga babak kejar mengejar antara kereta polis dengan satu kereta GTR yang memberikan sedikit impak lain dari yang lain (walaupun ada sesetengah scene agak tidak logik ~~ aghhh ketepikan la scene itu!).

Dari 10 bintang, saya berikan 8 bintang. Apa yang penting filem ini memberikan satu revolusi baru dalam industri perfileman. (Tidak sabar menanti Filem KL Gangster plak lepas ini). Jom saksikan trailer Filem Kongsi ini di bawah.

Sinopsis Kongsi:

TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.

Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.

TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.

Tajuk Filem: Kongsi
Pengarah: Farid Kamil
Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam: 12 Mei 2011
Pelakon Kongsi: Shaheizy Sam, Fizo Omar, Yana Samsudin, Azad, Bront Palarae, Putri Mardiana

18 thoughts on “Filem Kongsi – Lu Langsi Lu Mati!

  1. filem kongsi mmg menarik sbnrnya..tp cter dye agak slow cket la..lawk gak la tyme ayah maliki sampai..ape2 pon..kongsi the best!!!

  2. erm,cite nie best,tp slow motion ckit la..tang aksi nk tembak ats moto last2 masuk lori smpah 2 kelakau gler..unexpected scene..huhu terbaek dr ladang…

  3. best gak filem ni…kelakar….scene yang aku suka time kejar mengejar…gempak macam dalam game nfs most wanted…haha…pape pon support la filem2 tempatan…yeah…

  4. cite nie memang best pun.. best broo….
    aku dah tgk banyak kali.. sebab aku kerja kt wayang.. hahaha.. boleh lah aku tgk puas puas kalau ade cerita baru….

  5. memang movie yang menarik dengan aksi aksi yang pantas dan hebat. Tak jemu tengok walaupun dah tengok lebih dari 5 kali. Especially si Sam tu. memang tak menjemukan. Selambe je muka dia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*
= 4 + 3