Keputusan Bagi Permohonan Biasiswa MARA PILN & PIDN 2011 Sudah Keluar
Bagi mereka yang mengambil SPM 2010 (lepasan SPM 2010) yang telah menghadiri temuduga biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi permohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) tahun 2011, anda sudah boleh menyemak keputusan permohonan biasiswa MARA ini mulai 16 Mei 2011.
Semakan Keputusan Biasiswa MARA 2011
Semakan keputusan permohonan PILN dan PIDN 2011 ini boleh dibuat di laman web MARA iaitu Semakan Keputusan Penempatan PILN & PIDN 2011 Tajaan MARA.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan MARA ini boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-2693 6666, 03-2694 6622 dan 03-2694 3366 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.

|
|





Recent Comments