Sedar tidak sedar sudah 6 tahun saya menjalankan perniagaan internet. Pelbagai evolusi dan pengalaman telah saya tempohi dalam tempoh tersebut. Suka duka pahit dan manis semua saya telah lalui.

Ramai bertanya bagaimana saya boleh bertahan dalam melakukan kerja-kerja ini sebagai punca pendapatan rezeki harian saya walhal saya tidak mempunyai “kerja tetap”. Resepinya senang sahaja, FOCUS, DISIPLIN & CONSISTANT. Tiga aspek yang sangat penting dan dijaga oleh saya dari dulu sampai sekarang.
Determinasi – salah satu perkara yang selalu saya titikberatkan sebagai nasihat kepada mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet ini. Ramai di antara kita yang mempunyai cita-cita menjadikan perniagaan internet atau “internet marketer” ini sebagai career impian mereka, tetapi mereka tidak merangka satu plan strategi yang betul sebelum memasuki “industri” ini.
Seperti kata pepatah, “harus penuh ilmu di dada sebelum turun ke medan perang!” (pepatah ni saya reka sendiri… hahahaha). Apa yang saya ingin sampaikan di sini, jika anda ingin menceburi sesuatu bidang, pastikan anda ada ilmunya dahulu. Jangan terus terjah tanpa ilmu, nanti kelak anda juga yang menanggung kesusahan akibat tidak dapat bertahan lama!
Ilmu teori dan praktikal boleh dipelajari. Learning curve setiap orang mungkin berbeza bergantung pada “enjin” masing-masing. Saya sendiri mengambil masa lebih 3 tahun untuk mendalami ilmu perniagaan internet ini sebelum terjun secara full time (kalau ikut calculationnya, hampir 9 tahun la saya berada dalam industri ini!).
Pesanan saya, jika anda ingin belajar dan menceburi bidang pengkhususan Webmastering, meh amik kursus Webmastering secara personal coaching dengan saya. Saya akan ajarkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan consistent permulaan lebih RM1000 setiap bulan dulu.
Berminat? Boleh hubungi saya di talian atau email saya.

013 393 6460
syed.ikhwan[@]gmail.com
Terbaek…perniagaan apapun, sekiranya dilakukan dengan teknik yang betul dan serius,insyaAllah akan berjaya. Yang penting (saya ulang), teknik yang betul dan serius. Bro Syed Ikhwan dah membuktikannya…so kawan2 bila lagi =). Jomsss….
Wah… Tahniah! Boleh dijadikan inspirasi ni
Memang dasyat. Lama dan masih boleh survive! Apapun, memang mudah bekerjasama dengan Syed Ikhwan! Huhu..
tahniah bro. bukan senang nak bertahan selama tu
tahniah tuan,
saya sedang mengikut jejak tuan, sejauh mana boleh ikut jejak langkah tuan belum tahu. ilmu kurang lagi…
memang terbaek la abg ni…sy pon ngah follow abg..tQ…
Terbaek la Syed. Tapi ada juga IM lain bagi tahu saya, tak perlu penjadi pakar/tahu semua sebelum memulakan sesuatu. Alamatnya tertinggal… so ada ilmu sikit, cuba buat dulu, you learn while you go on… any comment..
yup betul tu. “just do it”. tapi mestilah berilmu