Cara buat borang pesanan
Ramai di antara kita buntu untuk membuat borang pesanan online bagi produk dan perkhidmatan mereka. Borang pesanan amat penting bagi sesuatu perniagaan kerana ia merupakan salah satu tool komunikasi antara pelanggan dengan kita. Jadi kita perlu ada satu borang pesanan yang agak komprehensif supaya apa yang kita nak, dapat disampaikan melalui borang pesanan tersebut.
Di dalam post ini saya akan berikan 2 cara untuk buat borang pesanan.
Cara Pertama: Cara paling senang untuk buat borang pesanan, yakni dengan menggunakan khidmat 3rd party dari penyedia service “pembuat borang pesanan”. Antara 3rd party yang saya cadangkan adalah Allform Mailjol. Secara jujurnya, saya juga menggunakan service ini kerana ia amat senang dan praktikal untuk digunakan. Segala inquiry/database dari borang pesanan ini akan dihantar terus kepada email kita.
Cara Kedua: Create borang pesanan melalui pre-made borang pesanan di bawah ini. Di bawah ini adalah contoh borang pesanan yang boleh anda gunakan untuk mengambil order bagi produk atau perkhidmatan anda. Bagaimana cara nak buat order form @ borang pesanan seperti di atas? Mudah sahaja, ikuti arahan di bawah ini:
1. Download file order form di sini.
2. Folder tersebut mengandungi 2 file yakni send.php dan juga pembayaran.php.
- Mula-mula buka file pembayaran.php (buka pakai notepad), ubah maklumat yang patut sahaja seperti no akaun anda dan sebagainya. Selesai ubah, savekan balik.
- Kemudian buka file send.php (buka pakai notepad), di sini anda perlu ubah 3 perkara yakni email anda (supaya semua order akan dihantar ke email tersebut), Tajuk bagi order form anda dan akhir sekali page success bila customer dah isi order form. Senang je, buka dan tengok sendiri.
3. Kemudian upload kedua file tersebut ke hosting anda.
Selamat mencuba! Semoga tip untuk membuat borang pesanan di atas ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam memperkembangkan lagi perniagaan online anda. Jika ada apa apa masalah, boleh hubungi saya untuk bertanya. InsyaAllah saya akan cuba bantu anda yang mana saya mampu.
Cara Ketiga: Guna JotForm.
p/s: Sejak akhir-akhir ini saya mendapat beberapa inquiry untuk membuat website dan juga memasarkan beberapa produk/perniagaan secara online. Jadi jika nak buat website & juga memasarkan produk untuk perniagaan anda, boleh juga menghubungi saya menggunakan nombor di bawah ini.
InsyaAllah saya boleh membantu anda.

|
|

24 Comments
Trackbacks/Pingbacks
- Cara Buat Borang Pesanan | Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital - [...] anda inginkan borang pesanan yang menggunakan php dan install ke hosting, anda boleh layari blog Syed Ikhwan untuk mengikuti ...



aha.. mudahnya! Tak ku sangka ia semudah itu.
terima kasih! saya memang mencari2 cara utk buat order form mcm ni.. masalah saya dah selesai.. terima kasih sekali lagi..
Info yg bagus. TQ
memang berbaloi-baloi.. tima aceh…mudah sesangat…
semoga ilmu anda ini diberkati.amin.tq bebanyak
tq bebanyak bro
terima kasih banyak2. Semoga Allah memberkati segala usaha anda.. amin.
thanks bro atas tutorial ni
salam..nk tnya..saya ada buat upload form dan send through email.Masalahnya email x received apa2..tp file yg sy upload tu ade dlm temp folder.Sy kena setup something ke dkt php..sy guna php n websebver dr tm..tq
ws cik eja, boleh emailkan kepada email saya tak detail cik, saya rasa boleh bantu.
syed.ikhwan@gmail.com
Saya dah cuba buat, tapi bila bukak balik borang saya tak berfungsi. ‘Method not allowed’ Saya silap kat mana ye?
Salam Ahmad Jabar, cuba encik emailkan detail kepada saya di syed.ikhwan@gmail.com
Thanks .. tutorial ni mmg bagus..
boleh masukkan dlm facebook tak…
Askum..knp sy klik link tu xdpt ek..help plz.
En Zul, sudah di-fix-kan.
Thanks..btl mmg btl2 mudah tp bleh x bagi info untuk sy dptkn order form yg lebih menarik like this blog http://shawlforyou.blogspot.com/ and then cara pertama tu perlu daftar & pay ke?coz sy dah daftar tp xtau cam ne nak posting ke blog sy..bleh bantu x?
assalamuaalaikum tuan,
saya sudah try borang pesanan tu di blogspot, masalahnya, bila submit form tu, (dan sepatutnya tuju ke send.php) dia keluar “method not allowed” punya error. macam mana nak buat ye untuk blogspot? harap dapat membantu
TQVM
tuan buleh try di http://beautifulmuslimah.blogspot.com
Ws Tuan/Pn,
Untuk menggunakan method borang ini, ia perlu dihost. Bila perlu dihost, tuan/puan perlu ada hosting dan berkemungkinan besar perlu ada domain. Jika tuan/puan berminat, saya ada sediakan service domain dan hosting dengan hanya RM150 sahaja setahun.
saya dah ubah di note pad tetapi saya tidak tahu macammana nak letak di facebook? adakah letak di applikasinya?
Ia perlu dihost terlebih dahulu. Sila baca comment sebelum ini.
hai….saya nak mintak tunjuk ajar dr awak..sy dah buat form tue kat blog sy..but x tau mcmaner nak link kan kat email sy borang yang dihantar tue..ley bg tunjuk ajar x???tqvm…
kalau saya nak tempah website tapi bukan untuk tujuan perniagaan.Boleh ke dan berapa harganya
borang dh ok cuma try send form saya tk dapat apa2 email order..camnernyer??