Teknik pemasaran melalui Facebook

admin December 7, 2009 6
Teknik pemasaran melalui Facebook

Salah satu teknik pemasaran produk melalui internet yang sedang popular sekarang adalah dengan menggunakan pendekatan Sosial Networking Facebook. Saya pasti ramai di sini yang mempunyai akaun Facebook untuk kegunakan berhubung dengan rakan yang lain.

Mengikut carta Alexa, Facebook berjaya menduduki tempat ke-2 carta website yang mempunyai populariti dan traffic yang banyak setiap hari. Ini bermakna Facebook dikerumuni dan menjadi tumpuan ramai dan tujuan utama mereka adalah mencari rakan serta bersocial secara online.

Jadi ia juga merupakan satu tempat yang sesuai untuk para peniaga melebarkan sayap memperkembangkan produk dan perkhidmatan mereka dengan menggunakan medium Facebook.

Jadi bagaimanakah cara yang sebenar untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda di Facebook?

Sebelum memasarkan produk serta perkhidmatan anda di Facebook, saya sarankan terlebih dahulu anda memahami akan fungsi, persekitaran serta “people” di dalam Facebook itu sendiri. Cuba anda lihat gambarajah di bawah dan fahami secara ringkas akan aktiviti yang berlaku di dalam Facebook.

(click pada gambar untuk perbesarkan).

Dari situ barulah anda boleh membuat beberapa rumusan penting sebelum memasarkan produk @ perkhidmatan anda. Dan dari situ jugalah kita dapat mendekati potential customer (pelanggan yang berpotensi) dengan menggunakan kaedah pemasaran yang optimum dan tidak membazirkan duit anda semata-mata untuk ber”campaign”.

Cara Pemasaran Facebook #1 : Mewujudkan profile menarik.
Cara #1 ini, anda perlu sediakan satu profile atau akaun khas dan menarik agar dengan jelas ia menggambarkan apa yang cuba anda sampaikan. Terapkan gaya pemasaran yang sistematik dan tidak berunsurkan spam atau membabi buta. Dengan mempunyai profile yang lengkap dengan info, gambar, networking rakan yang targeted, boleh membuatkan anda mencapai pelanggan-pelanggan berpotensi dengan lebih cepat lagi.

Setiap perkongsian link, gambar dan announcement yang dibuat dengan ikhlas akan memberi reflaction kepada  produk @ perkhidmatan anda. Jadi gunakan ia dengan elok.

Cara Pemasaran Facebook #2 : Melalui Perkongsian Gambar dan Sistem Tagging.
Di dalam account @ profile kita, kita dibenarkan untuk berkongsi gambar dan sekaligus membuat tagging terhadap user lain. Dengan berbuat sedemikian, user tersebut akan alert kerana mereka akan mendapat 1 email yang menyatakan mereka di tagging oleh seseorang.

Jika anda menggunakan fungsi ini dengan betul dan berstrategy, nescaya anda boleh memperkenalkan produk @ perkhidmatan anda kepada mereka dengan baik. :)

Cara Pemasaran Facebook #3: Melalui Aplikasi.
Jika anda pandai dalam mencipta aplikasi di dalam Facebook, maka ia menjadi satu kelebihan kepada anda. Ini kerana anda boleh mengekspoitasi kegunaan aplikasi tersebut untuk mengumpul potential lead melalui sistem autoresponder anda disamping menghiburkan rakan melalui aplikasi yang anda wujudkan.

Cara Pemasaran Facebook #4: Melalui Group.
Anda juga boleh mewujudkan satu group khas bagi produk @ perkhidmatan anda. Anda boleh membuat offer dan sebagainya di sini kerana bila ada yang menjadi ahli group anda, ia menandakan produk anda mempunyai follower dan berpotensi untuk dijual.

Cara Pemasaran Facebook #5: Melalui Fun Page.
Anda juga boleh mewujudkan Fun Page bagi produk @ perkhidmatan anda. Ia seolah-olah seperti “Fun Club”. Dari situ anda boleh berkongsikan segala aktiviti yang sedang dan telah anda jalankan bagi produk anda.

Cara Pemasaran Facebook #6: Melalui Link, image dan video Announcement.

Anda boleh menggunakan fungsi link, image dan video announcement yang terdapat di account anda untuk menyebarkan lagi maklumat tentang produk @ perkhidmatan anda.

p/s: satu tip dari saya, jika anda mempunyai pengaruh rakan yang kuat, anda boleh mengupah mereka untuk menyebarkan maklumat produk @ perkhidmatan anda melalui link, image an video announcement yang terdapat di akaun mereka.

Cara Pemasaran Facebook #7: Melalui Program Pengiklanan Facebook.

Cara yang terakhir ini memerlukan kos atau modal yang agak tinggi bersesuaian dengan berapa lama anda hendak advertise produk anda tadi. Makin lama anda mahu ia diexpose, maka makin tinggi modal pengiklanan yang diperlukan.

Dengan pendedahan 7 Cara pemasaran melalui Facebook ini, saya berharap sedikit sebanyak dapat memberi anda idea dalam memperkembangkan produk dan perkhidmatan melalui Facebook. :)

DAPATKAN SEKARANG!

Setelah beberapa hari menunggu, maka siaplah satu ebook yang saya tuliskan khas membongkar 10 rahsia facebook marketing yang boleh digunakan untuk mempromosikan blog adsense atau blog yang dimonetise dengan program lain.

Anda pasti akan teruja dengan teknik-teknik yang belum pernah anda dengarkan sebelum ini (sebahagian darinya) dan saya amat yakin ia akan membantu meningkatkan traffic ke website anda.

 

Terus terang saya katakan, ebook ini ditulis straight to the point. Tiada ayat-ayat puitis, tiada page yang dibazirkan dengan benda-benda yang tidak sepatutnya. Totally packed! Dan yang paling penting, NO HYPE.

Saya sudah jemu membeli ebook yang harganya mahal tetapi  isi di dalamnya penuh dengan ayat puitis. Hehehe…

Harganya? Hanya RM50. Menarik bukan! So dapatkannya sekarang sebelum terlambat.

 

Maaf. Jualan sudah ditutup. :)

 

Bagi mereka yang telah membaca, bolehlah memberi ulasan dan testimonial di bahagian comment di sini.

 

Bagi mereke yang minat untuk mempelajari “ilmu pemasaran Facebook, boleh registerkan nama anda di sini http://www.nasproject.com

69597_610086942351278_1301722213_n 

 

 

6 Comments »

  1. hasbulaqill December 8, 2009 at 3:27 am - Reply

    boleh buat ebook baru ni bro :D

    • admin December 11, 2009 at 2:36 am - Reply

      Ebook aje… Hehehehehe…. :D

  2. Mezain January 4, 2010 at 11:48 am - Reply

    Satu perkongsian tips pemasaran yang baik, terimakasih.

  3. ella July 16, 2011 at 1:57 pm - Reply

    Banyak gak ilmu yang dikongsi walaupun ringkas. Kat ebook tu mungkin explain lebih detail ek..

  4. Alia January 10, 2013 at 12:13 am - Reply

    Assalamualaikum,

    Buku ni masih dijual ke? Berapa harganya?

    Terima kasih

    • admin January 10, 2013 at 3:46 pm - Reply

      Ws, Ianya telah ditutup/tidak dijual lagi. :)

Leave A Response »

*
= 4 + 9

Subscribe Sekarang