::::::::::::::::::::::::::::::::::VideoUsahawan Best!
Powered by MaxBlogPress 

Archive for November, 2008

Unlock Protected, Password Lock & Printing Limitation of .PDF file

Sunday, November 30th, 2008

Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda telah membeli sesuatu ebook dalam bentuk .pdf tetapi anda nak print tak boleh? Perkara ini sering terjadi kepada saya dari dulu lagi tetapi ianya bukan satu masalah yang besar.

Unlock Protected, password lock & Printing limitation of PDF file

Tujuan si penjual lock fail mereka adalah untuk melindungi fail tersebut dari disalah cetak ataupun diedarkan secara haram atau dalam erti kata lain melindungi harta intelek mereka. Tetapi dalam tidak disedari limitation yang mereka cipta itu kengkadang menimbulkan masalah kecil kepada pelanggan mereka kerana tidak semua pelanggan suka membaca secara terus melalui PC/laptop mereka. Ada sesetengah dari mereka lebih suka untuk print dulu ebook tersebut dan membacanya secara offline. Barulah ada feel! :)

Jadi, anda sebagai pengguna janganlah pula cepat melatah tanpa mencari dahulu jalan penyelesaiaannya. Cara pertama yang anda boleh gunakan adalah dengan menghubungi balik si penjual tersebut untuk memintanya dengan versi print-able.

Jika anda menemui jalan buntu juga, maka di sini saya ingin berkongsi 1 tips bagaimana untuk Unlock Protected, Password & Printing Limitation of .PDF file dengan menggunakan kaedah percuma tanpa perlu anda membeli atau menginstall apa-apa software di PC/laptop anda.

Anda hanya perlu melayari website

http://www.ensode.net/pdf-crack.jsf

Di website berkenaan (scroll bawah sikit) ada satu ruangan untuk anda upload file pdf anda ke server mereka. Dalam masa beberapa minit, fail tersebut akan diremovekan segala limitation yang ada dan akan dibukakan dalam tetingkap internet explore yang baru. Tadaaaaa… Nah! Sekarang anda boleh terus print file .pdf anda tanpa perlu bersusah payah membeli atau menginstall apa-apa software di PC/laptop anda! Murah bukan?

Jadi, apa tunggu lagi. Cubalah!

p/s: Selepas selesai proses un-lock dijalankan di website tersebut, jangan lupa savekan dulu fail pdf tersebut!

Resume macam ni pun ada ke?

Sunday, November 30th, 2008

Tadi saya dapat satu forward email dari wife saya. Tergelak sakan saya baca! Cuba anda baca resume di bawah ni. :D

RESUME

Name: Ah Mei
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who
dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don’t like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father’s name: Daddy
Father’s IC: You ask him
Mother’s name: Mummy
Mother’s IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification: Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?

Syed-Ikhwan.com Berwajah Baru!

Saturday, November 29th, 2008

Selepas menyambut hari lahir saya pada 26 Nov lalu, maka saya menanam azam untuk melakukan perubahan yang boleh membawa peningkatan diri dan sekaligus membimbing ke arah jalan seorang yang berjaya! Tahun depan mesti menjadi satu tahun yang tak akan saya lupakan yakni mengejar cita-cita menjadi jutawan dalam mata wang USD!

Ramai di antara kita ingin jadi kaya tetapi sedar bahawa apa yang kita buat untuk membawa diri kita ke arah tersebut? Adakah usaha yang sedang kita lakukan sekarang ini mampu membawa dan mencapai cita-cita kita untuk menjadi seorang jutawan?

Masuk kandang kambing, mengEmbek! Masuk kandang rimau, mengAum! Begitu juga jika anda ingin menjadi seorang jutawan. Maka latih diri anda supaya berfikiran seperti seorang jutawan, bekerja seperti seorang jutawan dan hidup seperti seorang jutawan, malah jika boleh berkawanlah dengan jutawan! Itu realiti hukum alam yang kita tidak sedari walaupun nampak tidak nyata tetapi ia sedikit sebanyak akan membimbing kita ke arah apa yang kita inginkan. Fungsinya sebuah minda separa sedar

Saya berikan satu contoh, siapa yang tak pernah dengar dengan nama SaifulNang? Adik saya merupakan peminat utama beliau malah menjadikan beliau sebagai salah seorang idola beliau! Saya kagum dan inpsired dengan semangat SaifulNang setiap kali membaca blog beliau. Bagi saya dari gaya pemikiran dan set halatuju beliau amat jelas dan sangat teratur sekali. Sebab itu tidak mustahil jika beliau boleh mencapai tahap Multi-Jutawan tahun depan. :)

Jadi, anda bagaimana? Telah menetapkan ke mana halatuju dan perancangan anda? Dah tanam dalam minda anda apa yang anda ingin capai pada tahun depan? Ada tak usaha yang boleh menyebabkan impian anda pada tahun depan itu tercapai? Maka fikir-fikirkan…

Syed Ikhwan.

Happy Birthday!

Wednesday, November 26th, 2008

Happy 26th Birthday!

26 Nov 1982. - 26 Nov 2008

Cara Point Domain ke hosting

Friday, November 21st, 2008

Anda dah beli domain, tapi taktau nak point domain anda ke hosting anda. Jadi, dalam tutorial kali ni saya akan ajar bagaimana nak point domain ke hosting anda.

1) Login ke cpanel hosting anda. contohnya www.website-url-hosting-anda.com/cpanel

2) Kemudian, anda akan cari “Web Host Manager”. Klik situ, then window baru akan dibuka.

3) Sekarang anda berada di antara muka untuk manage segala urusan add/remove/edit domain-domain anda.

4) Sebelum add domain anda tadi, anda kena pastikan anda dah sediakan “package” yang elok utk domain tersebut. Ini adalah untuk set berapa space dan bandwidth yang anda benarkan untuk domain tersebut. (Kalau anda buat bisnes sewa hosting, so better anda set package ikut apa yang bakal anda jual nanti. Contohnya space 100Mb, bandwidth 500Mb).

(more…)

PHP Programmer to join the best IM Team Urgently Needed!!!

Wednesday, November 19th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Seperti tajuk di atas, syarikat kami sedang mencari individu yang berkebolehan di dalam PHP programming untuk mengisi kekosongan yang ada sekarang.

Main Requirement:

  1. PHP programming
  2. object oriented PHP -> advantage
  3. AJAX -> advantage

Extra Requirement:

  1. willing to work as a team, under pressure
  2. passionate to coding
  3. aspire to further R&D new technologies and new trends

Advantages bila bekerja bersama kami:

  1. Working with the very best IM team
  2. More exposure to market - local & global
  3. Profit sharing & income bonus
  4. Only for those who want 4 to 5 figure income per month
  5. Work at the comfort of your home
  6. Salary slip, EPF, Socso can be arrange for those passed the requirement

Berminat? Sila hubungi saya secepat mungkin di talian 013-3936460. Saya expect only yang serious dan yg boleh kasi dedication 100% sahaja yang akan call.

Amacam? Ada yang berbakat terpendam?

DVD VideoUsahawan di tangan Menteri?

Sunday, November 16th, 2008

First sekali post kali ini tiada kena mengena dengan isu-isu yang berkenaan

  1. Lokman Norman Hakim ditangkap basah dengan Memey? Abby Abadi mengamuk?
  2. Blogstarz.com Scam?
  3. Gambar Ratu pondan di Malaysia tersiar.
  4. Demonstrasi berbogel: Lembu pun tahu tutup kemaluan, kata Nik Aziz
  5. Rakyat Malaysia mati kena baham rimau kat zoo singapore

Pada post kali ini saya ingin berkongsi beberapa gambar yang saya snap masa kami buka gerai jualan DVD VideoUsahawan di Hotel Hilton pada 11/11/2008-12/11/2008 minggu lepas semperna seminar perniagaan internet anjuran MKM (Maktab Kerjasama Malaysia) khas untuk koperasi-koperasi di seluruh Malaysia.

Pada hari tu, salah seorang Team JomSeminar yakni Fuad Latip, dijemput untuk memberikan ceramah berkenaan perniagaan internet. Best jugaklah jadi penjaga gerai untuk 2 hari tu. Dapat banyak kenalan dan contact untuk project mendatang! Hehehehehe… :P

Y.B Dato’ Noh bin Hj Omar sedang membelek-belek DVD videousahawan sambil Fuad Latip menerangkan isi kandungan video.

Aksi saya dan Fuad Latip ketika berada di gerai.

(more…)

Buat Duit dengan Linkbucks

Tuesday, November 4th, 2008

Pada hari ini saya ingin share sedikit ilmu bagaimana nak buat duit hanya dengan kaedah “mask” atau menutupi url yang anda ingin promosi. Hehehehehe senang bukan? Kaedah yang dimaksudkan itu adalah dengan menggunakan program yang disediakan oleh Linkbucks kepada webmaster atau blogger di seluruh dunia untuk mempromosikan apa jua link yang mereka mahukan tetapi mereka still earn some money from that!

Fahami konsep yang saya terangkan di bawah ni:

Katakan kamu nak promosi atau nak tunjukkan link kamu kepada orang lain. Dan katakan link kamu adalah http://www.syed-ikhwan.com/private-coaching , maka apa yang kamu perlu buat adalah

  1. Login ke akaun Linkbucks kamu, kemudian click pada Create Links >  Then pilih Single Link > Di “Link to Convert” masukkan url yang kamu hendak convert linknya. Dalam kes ni kita masukkan url http://www.syed-ikhwan.com/private-coaching ke dalam kotak tersebut.
  2. Pada Landing Page Content, select Clean (All Ages) > kemudian pada Ad Type pilih, intermission dan pada Alias URL, pilih linkbucks.com . Dan langkah akhir sekali tekan butang Generate link.
  3. Kemudian anda akan diberikan link URL something like this http://www.linkbucks.com/link/52d10206
  4. Dan gunakan link tersebut untuk tujuan promosi. Setiap click anda akan dihimpun dan dikira. Cukup 3500 intermission impressions (US ip) dihimpun, anda akan dibayar sebanyak $1 atau dalam bahasa pasarnya anda akan dibayar sebanyak $1 bagi setiap 3500 click pada url tersebut dan click tersebut hendaklah datang dari IP US. Bagi setiap 5000 top banner impressions, mereka membayar $1.
  5. Anda boleh gunakan platform forums, blogs, rapidshare link untuk promosi link-link anda tetapi ingat, jangan SPAM sesuka hati. :)

Yang menariknya, program ini membuat pembayaran 2 kali sebulan dan minima payout adalah $5. Huhuhuhu, jika anda seorang yang creative, untuk mendapatkan 3500 impression dari US base bukanlah sesuatu yang susah. Betul tak? Hehehe… Jadi fikir-fikirkanlah bagaimana untuk mendapatkan impression yang banyak. :)

p/s:

  1. Jangan lupa register Linkbucks ni di sini.
  2. Tip dari saya, anda boleh gunakan linkbucks untuk promosi gambar-gambar photography di forum-forum US yang membincangkan perihal photography, pasti anda akan mendapat banyak targeted clicks!
  3. Bagi mereka yang selalu contribute link-link download rapidshare tu, masklah dulu link tersebut dengan Linkbucks, sedikit sebanyak anda dapat mengumpul impression dan boleh ditukar kepada cash!
  4. Program yang similar macam ni adalah usercash.com
  5. Jika post saya ini dapat membantu anda dalam menjana wang melalui internet, jangan lupa untuk kongsikannya di tempat lain. Jangan lupa refer back di sini! Yosh!