RE: Emas, Simpanan atau Pelaburan?

June 15th, 2009

Tadi berjalan-jalan ke blog naem. Menarik post naem kali ini berkenaan dengan invesment dalam bentuk emas fizikal dan dinar emas.

Tidak dinafikan sekarang simpanan emas berbentuk fizikal adalah salah satu cara investment jangka masa panjang yang bijak bagi individu yang mementingkan financial security dalam jangka masa yang panjang.

Saya sendiri ada menyimpan beberapa ketul emas 100 grams. Pada ketika post ini dibuat, nilai 100 grams emas tersebut adalah lebih kurang RM13,000 setiap satu bar. :D Saya menjangkakan ianya akan memberi pulangan yang lumayan dalam masa 2 tahun dari sekarang. Seperti saya, saya mendapatkan emas tersebut di Habib Jewels.

Apa pendapat anda tentang pelaburan emas? Tuliskan komen anda di bawah.

Post-Post Berkaitan

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Author: admin Categories: buat duit Tags: , ,

Ketelitian, Kekemasan dan Teratur.

June 4th, 2009

Mulai hari ini saya akan mula menulis tentang perihal kategori baru yakni saya namakannya sebagai “I learn something new today“. Manusia banyak belajar dari penelitian (observation) dan pengamatan terhadap keadaan sekeliling mereka. Dari situ mereka akan mula berfikir dan akan belajar sesuatu yang baru yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian mereka.

Petang tadi saya ke kedai Frame gambar di seksyen 17, Shah Alam. Ambil gambar yang ditempah semalam untuk diframekan. Sampai di kedai frame tersebut saya pun tanya, “mana gambar dan frame yang saya tempah semalam”.

Kemudian budak cina tu pergi ambil gambar dan frame yang belum dipasangkan lagi. Adeh, tak siap lagi ngupenye! Kata saya dalam hati. Dengan sabar saya tunggu dia pasang satu persatu. Dari proses meletakkan gambar dalam frame, kemudian dikilatkan cermin kacanya, bagaimana bahagian belakang dipasang dan dipaku sehinggalah ke proses tutup bahagian belakang frame tersebut.

Tempoh memasang kesemua part mengambil masa dalam 7-10 minit. Tetapi dari situ saya belajar sesuatu. Dari pengamatan saya, budak cina ni rupanya sengaja pasang frame tersebut di depan saya. Ini kerana saya merupakan pelanggan baru beliau (bermakna saya tidak pernah tempah gambar di situ). Jadi dia mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan proses pemasangan frame tersebut di depan saya. Setiap kerja dan atur langkah, dia buat secara cermat dan teratur. Sangat bersih, kemas dan cekap pergerakannya. Segala skill yang ada, dia tunjukkan di depan saya. Ini menaikkan perasaan “impress” saya terhadap kebolehan beliau serta sekaligus menaikkan kreadibiliti beliau sebagai si pemasang frame yang cekap dan kemas.

Tidak dinafikan hasilnya sangat memuaskan hati. Teknik yang ditunjukkannya pula dapat menaikkan kepercayaan saya terhadap beliau. Sudah tentu kelak saya akan menembah frame di tempat yang sama disamping itu saya akan rekomenkan service beliau kepada rakan-rakan dan keluarga saya. Betul tak?

Jadi di sini kita dapat ambil pelajaran dan boleh mengadaptasikannya ke dalam perniagaan internet yang selalu kita buat ni… Hmm.. fikir-fikirkan!

Post-Post Berkaitan

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Author: admin Categories: buat duit Tags: , ,

Semangat juang kanak-kanak Jepun melawan Zombie!

June 3rd, 2009

Saya baru lihat video ni di youtube tadi, memang kelakar. Tetapi ada modal of this story, di mana semangat juang orang jepun ni kita boleh tengok dari kecil lagi. Hehehe… kalau hang yang kena camni, camne?

Post-Post Berkaitan

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Author: admin Categories: buat duit Tags: , ,

Hasil Speed Adsense: Syilla

June 2nd, 2009

Huhuhu, sekarang baru sempat update post tentang hasil speed adsense oleh Syilla. Ini berikutan saya dan wife bercuti ke Cameron dan Ipoh selama 2 hari untuk merehatkan minda. Pada Jumaat yang lepas saya menemani Syilla (adik bongsu saya) ke BSN untuk cashout bayaran yang diterima dari program Google Adsense.

Bayaran kali ini yang diterima Syilla dalam RM1010.00 camtu atau dalam USD bersamaan $317.29. Saya rasa jika kaum ibu atau orang yang menganggur@tidak bekerja memperolehi pendapatan sampingan sebegini setiap bulan, boleh meringankan beban mereka sedikit kan?

InsyaAllah pihak saya akan membuka peluang bagi mereka yang ingin mempelajari adsense secara “bengkel”. Ianya lebih bersifat praktikal dan sangat bagus untuk dipraktiskan kelak.

Buat pertama kali Syilla mendedahkan profile wajahnya. Kenali beliau melalui myspacenya.

Post-Post Berkaitan

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Author: admin Categories: buat duit Tags: , ,

Al-Fatihah: Muhammad Hafiz Bin Mohamad Yusof

May 31st, 2009

Baru je balik dari Cameron, kemudian dikejutkan dengan berita kematian sahabat saya yakni Muhammad Hafiz Bin Mohamad Yusof. Abang beliau juga merupakan sahabat karib saya di Kuantan. Masa saya tinggal di Beserah, Kuantan, merekalah teman-teman bermain sewaktu itu. Arwah bersahabat baik dengan adik saya Syed Hisham manakala saya bersahabat baik dengan abangnya Muhammad Habibullah.

Berita ini pun saya dapat tahu dari salah seorang rakan blogger terdekat saya yakni Akmal. Berita kematian Hafiz mengejutkan banyak rakan-rakan dan sahabat-sahabat. Saya doakan agar roh beliau tenang dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Sama-sama kita semua sedekahkan beliau Al-Fatihah kepada beliau. Al-Fatihah…

p/s: untuk maklumat lanjut sila layari blog Akmal.

Post-Post Berkaitan

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Author: admin Categories: buat duit Tags: , ,

Speed Adsense Berjaya!

May 26th, 2009

Alhamdulillah sejak perkhidmatan coaching speed adsense dilancarkan, ia mendapat sambutan luar biasa dari pelbagai genap pelanggan. Dari harganya RM350 sehinggalah kepada RM720 per coaching, semua slot yang ditawarkan cepat ditangkap dan dipenuhi oleh mereka yang berminat.

Yang lebih memberansangkan saya selaku tenaga pengajar, adalah melihat kesemua anak murid mendapat hasil yang setimpal dan agak lumayan. Kaedah Speed Adsense yang diajar ini adalah proven method sekali gus membuktikan bahawa perkhidmatan coaching yang ditawarkan adalah satu perkhidmatan yang berkualiti dan sahih kebenarannya. Jarang sekali kita lihat secara langsung beberapa produk niche make money yang dijual di market Malaysia menunjukkan keberhasilan 100% berjaya mendapatkan hasil atau outcome kepada pembelinya. Semoga dengan adanya perkembangan sebegini, dapat memeriahkan lagi suasana perniagaan internet di Malaysia.

Di bawah ini adalah bukti kukuh dan hasil yang diperolehi oleh rakan-rakan yang belajar dari coaching Speed Adsense:

Maka secara rasminya semua slot telah dipenuhi dan jualan telah ditutup. InsyaAllah pada masa hadapan, saya akan mengadakan bengkel berkumpulan untuk mengajar perihal Speed Adsense. Jika anda berminat dan tidak mahu ketinggalan menyertainya, selalu-selalulah jenguk blog ni (subscribe terus) untuk mengetahui hal terkini berkenaan bengkel speed adsense. Terima Kasih.

Post-Post Berkaitan

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Author: admin Categories: buat duit Tags: , ,

Syed Ikhwan Tells Something is Digg proof thanks to caching by WP Super Cache!